Galeri Bandaraya Kuala Lumpur

Assalammualaikum wbt


Galeri Bandaraya Kuala Lumpur atau dalam Bahasa Inggeris Kuala Lumpur City Gallery yang terletak berhampiran dengan Dataran Merdeka sebuah lagi tempat tarikan pelancong di Kuala Lumpur yang mempamerkan sejarah Bandaraya Kuala Lumpur beserta model replika 3D.


Nama-nama Jalan lama di Kuala Lumpur



Replika 3D Central Market


Terdapat Model Diaroma Bandaraya Kuala Lumpur yang direka khas oleh ARCH dengan menggunakan kayu membuatkan saya kaget serta kagum.

Diaroma Dataran mMerdeka dan sekitarnya

Namun apa yang mengecewakan ialah tempat khas ini hanya memaparkan sejarah Kuala Lumpur dalam Bahasa Inggeris. Tiada terjemahan Bahasa Melayu.

Replika 3D Masjid Jamek


Adakah Bahasa Melayu tiada tempat untuk mencatatkan sejarah Kuala Lumpur?
Adakah tempat ini khas untuk pelancong asing sahaja?
Dimanakah slogan 'Bahasa Jiwa Bangsa' yang sering diungkapkan?
Sungguh sedih.

Pandang atas nampak lampu ini

Bukan saya tidak tahu membaca dalam Bahasa Inggeris, tetapi saya sedih apabila Bahasa Bangsa saya ini tidak mendapat tempat di negara sendiri.
Marilah kita melihat laman sesawang Galeri Bandaraya Kuala Lumpur yang juga dalam Bahasa Inggeris.

Model 3D Big Ben

Sudah mahu keluar

Cenderahati untuk diri sendiri. Magnet fridge RM9

1 comments:

carolk said...

Kepada Honeysha dan pelawat-pelawat ke Galeri KualaLumpur, pertama sekali kami mengucapkan Selamat Datang ke Galeri Kuala Lumpur yang baru dibuka bulan lepas.
Galeri Kuala Lumpur ini mempromosikan Sejarah Kuala Lumpur melalui gambar-gambar, foto dan model miniatur. Sememangnya pihak kami dalam proses menterjemahkan sejarah dan bahan-bahan pameran lain dalam bahasa Melayu dan juga bahasa asing lain supaya seluruh dunia boleh mempelajari dan mengetahui keindahan dan sejarah Kuala Lumpur. Untuk maklumat anda semua, satu papan iklan yang besar pada bahagian depan bangunan menggunakan bahasa Melayu iaitu Galeri Kuala Lumpur akan dipasangkan tidak lama lagi. Kami berharap orang-orang muda seperti Honeysha dan kawan-kawannya akan menggunakan blog ini untuk mangalakkan lebih ramai orang melawat galeri Kuala Lumpur. Kami juga mengalu-alukan sebarang maklumbalas dan komen untuk memperbaiki lagi bahan pameran dan tarikan di Galeri Kuala Lumpur. Terima Kasih! Lokasi Galeri Kuala Lumpur: 27, Jalan Raja, Dataran Merdeka, 50050 Kuala Lumpur. Tel: 603- 2698 3333

Post a Comment


up