Dunia Haiwan Peliharaan

Assalammualaikum w.b.t
Pada hari ini, saya bersama suami telah berkunjung ke Pet World Malaysia yang diadakan di Mid Valley Megamall.
Pet World diadakan selama 3 hari bermula pada 15 Jun sehingga 17 Jun 2012.
Sangat besar sehingga 3 dewan digunakan untuk pelbagai jualan, pameran dan aktiviti.
Sememangnya rugi jika saya tidak turut serta.

Gerai-gerai

Boleh dikatakan sangat banyak syarikat pengeluar makanan kucing dan anjing turut serta memberikan sampel-sampel percuma, menjual dengan harga yang amat berpatutan. Tidak kurang hebatnya syarikat yang mempromosikan barangan permainan dan makanan sampingan untuk haiwan peliharaan. Terdapat juga makanan haiwan peliharaan yang masih belum dijual di negara kita tetapi telah mula mempromosikan dengan memberikan sampel percuma di sini.

Sampel percuma (ada lagi tapi tak muat nak masukkan)

Sampel percuma lagi

Stok makanan dalam tin

Kebetulan saya mendapat berita bahawa Klinik Veterinar Cheras akan menawarkan promosi membuat passport untuk kucing dengan harga serendah RM15 sahaja. Dengan RM15, saya memperolehi passport untuk kucing saya, cip dan vaksin secara percuma.
Sangat berbaloi!
Harga sebenar untuk passport ini ialah RM90 tidak termasuk vaksin yang berharga sekitar RM35.
Saya hanya membawa Tom dan Yam sahaja.

Di gerai Klinik Veterinar Cheras. Yam selepas dimasukkan cip.

Di sini, saya beetemu dengan jay iaitu pemilik Kedai JJay Pet yang terletak di Kota Damansara. Jay selalu memberikan harga yang berpatutan setiap kali saya membeli pasir kucing dan makanan kucing.
Jjay mengendalikan gerai yang menjual arnab daripada Beh dan Yo. Jadi Tom dan Yam dapatlah berehat di gerai tersebut sebentar.

Bersama Jay

Tak pasal-pasal ramai pula pengunjung mendekati TomYam, padahal itu gerai Arnab. TV9 datang untuk membuat rakaman untuk Berita Adik TV9.
Saya juga disuruh untuk memberikan cara-cara penjagaan kucing.
Hahahha..tak pasal-pasal masuk rancangan budak!

Seorang penjunjung kanak-kanak yang ditemu bual berlatar belakangkan TomYam

dengan serius saya mengatakan sangat seronok Pet World Malaysia 2012! Saya dapat banyak sampel percuma yang boleh disedekahkan kepada kucing-kucing dan anjing-anjing di tepi jalan. Harga juga sangat murah. Stok makanan kucing saya akan bertahan selama 6 bulan!
Alhamdulillah. 18 ekor kucing saya tidak akan kebuluran.

Barang yang dibeli pada hari Sabtu.

Tom mengantuk masa perjalanan pulang ke rumah

Saya datang lagi pada hari Ahad. Kiranya saya datang 2 hari untuk Pet World.

Kucing saya Sibaru baru sahaja dibedah kerana seekor anaknya mati dalam kandungan. Sedih. Alhamdulillah setelah 3 hari 2 malam di wad, dia sudah dibenarkan pulang ke rumah. Sibaru lebih ceria sekarang. Terima kasih Dr. Thiaga.

10 comments:

Anonymous said...

Seronok sangat bila dapat baca cerita awak..
hope to here more!:-D

H o n e y s h a said...

Ohh..terima kasih kerana sudi singgah di blog picisan saya ini. =)

Anonymous said...

akk ade jual kucing x.?penat saya cri kucing di web2..klu bole nk yg murah2 je..

H o n e y s h a said...

saya tak pernah jual kucing atau beli kucing. Nie semua kutip dan orang bagi. Kucing saya yang atas nie pun tak da zuriat lagi. Kalau ada saya boleh bagi.

ell8019_rozi said...

Honeysha, akak ada 18 ekor kucing, termasuk baby 7 ekor. Dulu bg makanan kg jer, ikan ngan nasi, tp bila dah byk, beli makanan segera cam whiskas dan frekies, tp baru-baru ni terbaca makanan ni x elok untuk kucing, makanan segera apa yg elok untuk mereka ye? Tp x mahal la

H o n e y s h a said...

Hi,
memang sy pun ada dengar whiskas n frekies tak elok. Ada yang cakap terlalu banyak garam dan boleh buat buah pinggang kucing rosak+ gigi kucing cepat rosak.
Tapi saya bagi makanan dari overseas cam 20 kg Blackwood atau kadang-kadang bagi Pro Star je. beli secara besar. 1 kg jatuh tak sampai RM10. Veterinar luar negara lebih bagus. Depa ambil berat tentang nutrisi kucing.

Anonymous said...

Tapi kak, yg wat friskies n whiskas tu pn vet overseas.. Hmm..

NinaAz said...

Sis. Salam kenal. Nina sdg mencari2 kucing utk dpelihara. Ada x?

Anonymous said...

hai NinaAz, sy ada kucing untuk diberikan..klik link ni ye..

http://www.mudah.my/vi/20875778.htm

azfar banu said...

Hai sis.salam kenal , azfar tgh sdang mencari arab atau kucing utk dpelihara, ada x kak? Lgipn sy xde anak .. rasa mcm kehidupan sembunyi krn tu mencari haiwan peliharaan utk menjaga dgn baik :)

Post a Comment


up