Timberland Warehouse Sale

Assalammualaikum wbt.
Alhamdulillah Allah s.w.t telah menganugerahkan hari yang cerah menyinar.
Lebih indah bila ada SALE XD
Saya tidak teruja dengan sale baju, make up, minyak wangi atau benda alah lain.
Tetapi saya hanya teruja dengan sale kasut sahaja!
Kenapa yer?
haha..
Sejak dari kecil lagi saya dianugerahkan sepasang kaki yang bersaiz besar. Amat sukar sekali mencari kasut yang saya suka semasa di bangku sekolah. Dikala rakan lain dapat bergaya memakai kasut-kasut yang menawan bentuknya, saya hanya boleh memakai kasut Pallax Jaz sahaja. Sampai pernah satu masa Abah saya marah kepada saya kerana memiliki kaki yang besar disebabkan tidak berjaya mencari kasut sekolah untuk saya. Hahahahahahha....
Sukar untuk mendapatkan kasut yang saya suka. Tetapi masalah saya diselesaikan jika kasut tersebut jenamanya dari luar negara ataupun kasut lelaki!
Tapi isunya pula ialah MAHAL!
Oleh itu jika terdapat sale kasut, saya pasti akan menjadi tidak keruan!

Timberland Warehouse Sale diadakan seperti butiran berikut:

Tempat: Wisma Bakti, Changkat Abang Haji Openg, TTDI
Masa: 10 pagi - 7 malam
Tempoh: 1 - 3 Jun 2012

Saya tiba pada pukul 11.00 pagi. Buat pertama kalinya saya beratur untuk memasuki Warehouse Sale. Ramainya.....tertanya-tanya saya "Semua ni tak kerja ker???"
Kemudian saya dengar ada sekumpulan manusia berborak-borak mengatakan yang mereka mengambil cuti semata-mata untuk datang ke sini.
Wow...hebatnya.

Memang banyak produk Timberland yang dijual dengan harga yang murah.
Timberland memang diakui menghasilkan produk kasut yang tahan lasak disebabkan ianya menggunakan kulit yang asli.

Memang banyak kasut yang dijual. Pilihan pertama kasut yang saya minati telah kehabisan saiz. Jadi dipersembahkan kasut pilihan saya.....


Suami juga mengambil sepasang kasut yang berharga RM229 daripada harga asalnya RM799.
Bukan setakat kasut sahaja yang dijual. Terdapat juga baju kemeja, baju hiking, baju sejuk, seluar jeans dan pelbagai jenis seluar; serta beg galas yang amat menawan hati saya tetapi Alhamdulillah berjaya menawan nafsu membeli.

Sangat gembira dengan kasut ini. =)
Mungkin dengan selamba akan memakai kasut ini ke tempat kerja. Hahahahaha....
Pakai dengan baju kurung.
Besok pula saya akan ke Puchong untuk Sale kasut seterusnya iaitu Hush Puppies.
Kesimpulan: Saya suka apabila sale kasut diadakan pada cuti sekolah.
Terima kasih Allah swt

Jom jalan-jalan pakai kasut baru dalam laman sesawang Timberland

0 comments:

Post a Comment


up