Kad Cerita oleh wedoo

Assalammualaikum wbt
Kehangatan buka sekolah sudah mula dirasai. Kertas masih belum siap ditanda.
Bagaimana anda mengisi cuti anda?
Alhamdulillah cuti kali ini banyak perkara yang dapat saya selesaikan.
Syukur kerana segala-galanya dilakukan bersama En. Suami yang disayangi.
Kali ini, saya ingin berkongsi tentang produk yang dihasilkan oleh wedoo.
Pada 7 Februari yang lepas, saya ada membeli kupon dari Groupon Malaysia.
Storycard!


Wedoo mempromosikan produk storycardnya yang amat comel dengan harga serendah RM22 sahaja.
Promosi ini telah pun berakhir. Anda boleh semak di sini.
Harga sebenar storycard ini ialah RM46


Storycard ini mengandungi 48 keping kad dengan lapisan matte lamination yang bersaiz 2.33" x 3.5".

Sangat comel
Lapisan matte lamination membuatkan kad ini kalis air serta tahan lama.
Dalam masa 7 hari sahaja diambil untuk pihak wedoo menyiapkan tempahan yang dilakukan.
kalau ada promosi ini sememangnya tidak akan saya lepaskan.
Anda boleh meletakkan storycard ini dalam beg tangan anda disebabkan saiznya hanyalah sebesar kad nama.
Bila bosan-bosan boleh melihat storycard ini sambil mengimbau kembali kenangan indah bersama En. Suami.


Banyak lagi produk yang dihasilkan oleh wedoo seperti poster, canvas, photobook, photobook junior, kalender dan pelbagai lagi. rajin-rajin, silalah berenang ke dalam laman sesawan wedoo.
Anda juga boleh membeli banyak lagi kupon yang best-best dari groupon.
Apa lagi, jom kita simpan kenangan dengan cara yang berbeza dengan Storycard

0 comments:

Post a Comment


up