Gumuk Pasir & Parangtritis, Indonesia

Saya membuat refleksi semasa berada di Gumuk Pasir.
Gumuk Pasir ini merupakan harta karun dunia atau warisan dunia.


Terletak di garisan Khatulistiwa, Indonesia mempunyai iklim tropika dengan hujan lebat.
Di Indonesia terdapat satu fenomena yang sangat unik iaitu negara ini mempunyai padang pasir seakan-akan padang pasir yang berada di Timur Tengah.
Dahulunya, penduduk yang tinggal di sekitar Gumuk pasir ini tidak menyedari tentang kecantikan dan keunikan bukit pasir yang terdapat di sana.


Fenomena ini terjadi disebabkan proses angin yang kenali sebagai benteng alam eolean atau eolean morphology. Angin yang membawa pasir membentuk gumuk pasir.
dari mana datangnya pasir yang banyak ini? Padahal disekitarnya dipenuhi dengan hutan dan pepohon.


Dikatakan bahawa pasir-pasir ini datang dari puncak Gunung Merapi-Merbabu yang dibawa melalui sungai Progo. Pada asalnya pasir ini dalam bentuk bongkah kemudian pecah menjadi kerikil dan seterusnya menjadi butiran halus pasir.
Gumuk pasir terbentuk dengan bantuan angin. Angin yang kuat telah membentuk bukit-bukit pasir di sini. Terdapat juga andaian yang mengatakan bahawa endapan lava dari gunung tersebut menyebabkan terkumpulnya pasir.
Sangat banyak andaian. Namun apa jua asalnya, ia sememangnya satu fenomena yang unik di bumi Indonesia yang harus anda lawati apabila mengunjugi Jogjakarta!


Saya dimaklumkan bahawa jemaah haji akan melakukan simulasi Haji di sini untuk mendapatkan gambaran sebenar semasa mengerjakan haji. bertuah orang Yogjakartakan?
Gumuk pasir ini terletak betul-betul bersebelahan dengan pantai yang penuh misteri iaitu Pantai Parangtritis.


Pantai ini antara pantai yang cantik yang terdapat di sini. Pantai ini juga bertambah popular dengan cerita mitosnya. Dikhabarkan pada masa dahulu Nyi Roro Kidul yang merupakan salah seorang puteri Prabu Siliwangi telah membunuh diri disebabkan memiliki wajah yang buruk. Beliau telah menjelma sebagai seorang yang cantik menawan dan menguasai kerajaan khayalan di Pantai Selatan dan sering menonjolkan diri dengan kereta kuda dan memakai baju berwarna hijau. Dikatakan, jika pengunjung memakai baju berwarna hijau akan ditelan ombak atau dibawa oleh Nyi Roro Kidul ke kerajaannya untuk dijadikan hamba.


Ini semuanya mitos, tiada bukti yang sahih, tiada kajian ilmiah dan tiada juga tanda larangan memakai baju berwarna hijau.

Saya serta keluarga tidak melepaskan peluang menaiki kereta kuda melalui persisir pantai Parangtriris. Walaupun terdapat banyak sampah-sarap dan tidak teratur, namun, keindahannya masih terserlah!

Pengunjung hanya perlu membayar 3000 rupiah lebih kurang RM1.oo untuk memasuki kawasan Prangtritis.


Yogjakarta penuh dengan tempat bersejarah dan kaya dengan mitos-mitos. Rugi jika anda tidak melawat semua tempat sejarahnya. Sejarah memang seronok apabila kita melihat dengan mata kita sendiri, mendengar menggunakan telinga kita, dan menghayatinya dengan menggunakan akal yang waras! hahahah.

Refleksi yang lepas: Candi Borobudur

0 comments:

Post a Comment


up