.:Waran Pemimpin Renjer:.

Assalammualaikum wbt.

Jam 8.00 pagi saya tiba di PSPN Selangor, Seksyen 19 Shah Alam untuk Majlis Penyampaian Lencana Waran Pemimpin Pandu Puteri.
Pada tahun lepas, saya telah menghadiri Kursus Pra-Waran Pemimpin Pandu Puteri di Kompleks Rakan Muda, Puchong. Hari ini pula saya menerima Lencana Waran Pemimpin Renjer.
Guru yang telah menghadiri kursus Pra-Waran diberikan tempoh 1 tahun untuk menyediakan buku log pra-persetiaan sebagai syarat untuk menerima Lencana Waran Pemimpin. Semasa Kursus Pra-Waran terdapat lebih kurang 70 orang guru Pandu Puteri dari sekitar Petaling, namun pada hari ini hanya 13 orang sahaja yang berusaha memenuhi kriteria untuk mendapatkan waran sebagai Guru Pemimpin.

Lencana Pandu Puteri, Lencana Dunia & Lencana Pemimpin Renjer (Merah).

Terdapat 3 jenis Lencara Waran Pemimpin, iaitu:
Pemimpin Tunas (Guru Pandu Puteri Darjah 1-6) - Coklat
Pemimpin Remaja (Guru Pandu Puteri Tingkatan 1-3) - Biru
Pemimpin Renjer (Guru Pandu Puteri Tingkatan 4-6) -Merah

Selepas lencana diberi, Persatuan Pandu Puteri Negeri akan mengeluarkan Waran yang seakan-akan permit kebenaran untuk seseorang menandatangani kad ujian pelajar-pelajar Pandu Puteri di sesuatu daerah. Tanpa Waran ini, guru pemimpin tidak mempunyai kelayakan untuk melakukan ujian kepada pelajar Pandu Puteri, maka pelajar tersebut tidak dapat mencapai sebarang tahap dalam Pandu Puteri.

Selain itu juga, saya perlu menempah baju kurung berwarna biru bagi dipakai semasa istiadat pelantikan. Kainnya perlu dibeli di Persatuan Pandu Puteri Malaysia, Pantai Dalam dengan harga RM16 semeter. Memang mahal! Namun baju ini boleh dipakai pada setiap hari Rabu sempena hari memakai baju Ko-Kurikulum ataupun semasa perjumpaan kelab dan persatuan.

Saya bersama Buku Log Pra-Persetiaan.

Penyediaan buku log-persetiaan bukanlah mudah bagi saya. Boleh dikatakan saya menyiapkan buku log ini pada saat terakhir. Terima kasih kepada suami tersayang kerana menemani saya sehingga lewat malam untuk menyiapkan buku ini dan sentiasa tidak putus-putus memberikan kata sokongan supaya saya meneruskan kerja yang telah saya mulakan.

Buku Log dibuat dalam bentuk fail perlu mengandungi beberapa perkara, antaranya:
Biodata Guru Pemimpin
Maklumat Asas Pandu Puteri: Sejarah, Lencana Pandu Puteri, Persetiaan Kepanduan, Tabik Hormat, Isyarat Kepanduan, Bendera Dunia, Panji-panji
Ilmu-ilmu Kepanduan: Isyarat Wisel, Istiadat Pelantikan, Isyarat Tangan, Cara Menaikkan Bendera, Cara Menghormati Panji-Panji.
Laporan Aktiviti & Kewangan Pandu puteri Sekolah.

Saya gembira kerana telah dilantik sebagai Pemimpin Renjer.
Semoga saya dapat terus menyertai setiap aktiviti yang dianjurkan Persatuan Pandu Puteri Malaysia.
InsyaAllah.

10 comments:

putri nursabrina said...

syer pon nk jdi cam akq...!!!

salmahshafie said...

assalamualaikum..cikgu tahniah dah dapat waran...nak tanya sikit..sebenarnya pakaian baju biru tu pakai tudung warna ape...saya tgk ada yg pakai warna putih..masa saya kat maktab dulu pakai hitam..keliru saya.saya ni baru je dapat pimpim persatuan ni kat sekolah..harap cikgu dapat jawab..tq.

H o n e y s h a said...

masa saya gi kursus atau amna2 perjumpaan renjer, sebenarnya perlu pakai tudung sutera pandu puteri yang berwarna biru dan terdapat lambang pandu. Namun, tudung tersebut agak mahal dan pendek. Tetapi tudung hitam dibenarkan. Putih tidak.

Unknown said...

as salam..tahniah..boleh sy tau cara-cara nak menghormati panji2-berserta gambar----------dan lmu-ilmu Kepanduan: Isyarat Wisel, Istiadat Pelantikan, Isyarat Tangan, Cara Menaikkan Bendera, Cara Menghormati Panji-Panji.plezz..untuk buat buku log perseriaan..........saya mohon jasa baik akak...

H o n e y s h a said...

Salam, buku log sy ada orang pinjam. Tapi saya ada buku yang ada semua benda tu.Tolong tinggalkan email, sy cuba scan. bila kna amik waran?

Unknown said...

Assalamualaikum puan. Saya ade byk perkara nak tanya berkenaan pandu puteri. Anak saya merupakan ahli pandu puteri remaja. Sedang melengkapkan buku log.
Tidak mendapat kerjasama dr guru sekolah. Sedangkan ank sgt berminat dan dua kali saya pernah hntr ke rumah pandu puteri di pj untk aktiviti disana. Tapi syg guru di sekolah kurang memberi galakan dan panduan. Boleh la sekiranya puan menghubungi saya di talian 0142611131. Saya sendiri akan hubungi puan stlh mndpt no hp puan. Terima kasih...ibu yg prihatin

Unknown said...

Assalamualaikum puan. Saya ade byk perkara nak tanya berkenaan pandu puteri. Anak saya merupakan ahli pandu puteri remaja. Sedang melengkapkan buku log.
Tidak mendapat kerjasama dr guru sekolah. Sedangkan ank sgt berminat dan dua kali saya pernah hntr ke rumah pandu puteri di pj untk aktiviti disana. Tapi syg guru di sekolah kurang memberi galakan dan panduan. Boleh la sekiranya puan menghubungi saya di talian 0142611131. Saya sendiri akan hubungi puan stlh mndpt no hp puan. Terima kasih...ibu yg prihatin

Unknown said...

Salam di.mana saya boleh dpt tudung pandu puteri yang biru tu ye?

Oon-Nie said...

Hai pn.sha...😘

Nazmi said...

akak,sy tgh prepare utk bku log pemimpin ppt..ni emel sy nazmi4982@gmail.com

Post a Comment


up