Kucing

Assalammualaikum w.b.t
Pada dua hari yang lepas, saya dan suami telah menjumpai 2 ekor anak kucing yang masih kecil di kawasan tong sampah di kawasan rumah kami.
Jadi kami tidak sampai hati dan terus mengambil kucing tersebut dan membawanya ke rumah kerana masih kecil.
Tiba di rumah saya terus memberinya makan dan sesudah itu, memandikannya. Banyak kutu yang telah jatuh hasil dari ubat dalam syampu mandian kucing.
Usai mandi, kami keringkan badannya.
Jadi kami mengambil keputusan untuk membelanya sehingga ia dikasi dan cukup besar untuk berdikari mencari makanan sendiri (itupun kalau sampai hati lepaskan). Inilah kucing yang baru diambil maka, jumlah keseluruham kucing di rumah pada masa sekarang ialah 8 ekor!


Hari ini, saya telah memerhatikan kekejaman sebuah kereta Toyota Wish berwarna putih di kawasan rumah saya dengan selambanya melanggar seekor kucing yang sedang melintas. Bayangkan menggelabah kucing tersebut dan kakinya terkena tayar kereta tersebut.
Apalah salahnya berhenti seketika dan biarkan kucing habis melintas. Kucing bukannya mempunyai akal fikiran. Sedangkan manusia pun yang dikurniakan akal fikiranpun tidak tahu cara melintas dengan baik, inikan pula kucing yang hanyalah makhluk kecil.
Saya dan suami terus berhenti memeriksan sama ada terdapat kecederaan pada kucing tersebut. Alhamdulillah tiada sebarang kecederaan dan saya terus memberikan sedikit makanan kucing yang memang dibawa dan diletakkan di dalam kereta. Kebetulan saya memang baru pulang dari membeli ikan kucing, saya pun memberikan seekor ikan kepadanya.

Seminggu sekali saya dan suami akan membeli ikan untuk kucing kami. Selain makanan kering, Iams, kami akan merebus ikan dan digaulkan dengan nasi. Kucingpun bosan juga sentiasa makan Iams sahaja. Sesekali perlu memberikan ikan, makanan dalam tin sepeti Avoderm, Whiskas dan Frieskis.

Ikan dibeli di sebuah kedai yang terletak di Taman Melati. Sebut sahaja mahu beli ikan untuk kucing, pekerja kedai tersebut akan memberikan seplastik besar ikan dan menjualnya dengan harga yang sangat murah. Ikan yang tidak habis dijual semalam akan disimpan dan dibuang setelah beberapa hari tiada yang mahu membelinya. Kiranya ikan yang dibeli merupakan ikan yang mahu dibuang tetapi masih dalam keadaan yang baik. Ikan kembung yang amat banyak dengan harga RM5 sahaja. Murahkan? Gambar di atas inipun separuh daripada ikan yang telah dimasukkan dalam periuk untuk direbus.
Seronoklah semua kucing kami dapat makan ikan malam ni.
Terima kasih Allah s.w.t atas rezeki ini

2 comments:

Anonymous said...

x ske orang yang menganiaya binatang kerana mereka juga punya perasaan...mereka tidak berupaya seperti kita manusia..sedih kan..?

H o n e y s h a said...

tak suka tak per, tapi janganlah sampai nak sepak2 kucing. sedih sebab kesedaran tentang membela kucing dan anjing kurang kat negara kita.

Post a Comment


up