Stamp Set Beutley Bear

Assalammualaikum w.b.t

Dapat percuma set stamp beruang apabila beli sebuah majalah seni tadi




Cuba stamp yang pertama

Hasilnya:

SELAMAT MENYAMBUT BULAN SYAWAL KEPADA ANDA SEMUA

Pernahkah anda ke Book Xcess?


Assalammualaiku w.b.t
Selawat dan salam ke atas Junjungan Nabi Muhammad s.a.w
bersyukur kepada Allah s.w.t Yang Esa kerana masih memberi saya kekuatan untuk melakukan ibadah kepadaNya.


Semalam, saya dan suami telah ke Amcorp Mall, Petaling Jaya bagi mengambil sejumlah buku yang telah dipilih pada bulan lepas untuk memenuhi koleksi Pusat Sumber sekolah saya.
Boleh dikatakan buku yang dijual di sini amat murah. Terdapat buku yang harganya 50% lebih murah daripada buku yang dijual di MPH Bookstores. Jika sebelum ini saya membeli di MPH Bookstores, kali ini saya memilih untuk membeli buku English di sini.


Buku Melayu, Agama dan fakta kebanyakkannya saya beli dari PTS Publications.

Kenapa buku di sini murah?
Menurut jurujual Book Xcess, buku yang dijual merupakan buku yang terlebih cetak di luar negara dan di bawa masuk ke negara kita untuk dijual. Oleh itu, buku ini dapat dijual dengan harga yang murah.

Contohnya buku Atlas of The World yang harganya ialah RM 922.50, tetapi hanya dijual dengan harga RM 179.90 sahaja. Buku ini sangat besar dan berinformasi.


Buku Einstein: the Life of A Genius yang dijual dengan harga RM44.90 sahaja. Di tempat lain RM166.00.


Seterusnya, Guiness World Records 2010 pernah di beli oleh sayadi MPH Bookstores pada tahun lepas dengan harga RM99.90 . Tahun ini, Guiness World Records 2011 saya beli dengan harga RM24.90 sahaja (kulit keras). Buku ini sangat diminati pelajar. Buku 2010 sudah seperti belacan.


Lebih daripada 150 buah buku dibeli di Book Xcess!. Sangat puas hati! Berikut merupakan buku-buku untuk Pusat Sumber yang telah di masukkan ke dalam kotak.



Buku untuk Pusat Sumber

Saya dan suami juga turut membeli dua buah komik untuk menambah koleksi buku kami.
terus terang saya katakan, saya dan suami kurang membaca buku berbahasa English tetapi jika ianya KOMIK, kami akan baca!

Buku kami

Hari ini, Mirza dan Chew yang merupakan pengawas bertugas pada hari ini dengan gigih membantu saya memproses semua buku-buku baru ini.
Terima kasih!

Saya syorkan kepada peminat-peminat buku novel English, buku resepi English dan apa jua buku English membeli buku di Book Xcess kerana harga buku-buku di sana sememangnya murah dan kualitinya sama dengan buku yang sama yang dijual di kedai buku yang lain.

Itu sahaja untuk hari ini.
Salam ramadhan

Nuzul Al-Quran

Sumber: Yahoo

Assalammualaikum wbt.
Hari ini merupakan Hari Nuzul Al-Quran.
Beberapa buah negeri di Malaysia bercuti pada hari ini.
Apa itu hari Nuzul Al-Quran?
Hari Nuzul Al-Quran merupakan hari di mana berlakunya antara peristiwa terbesar dalam sejarah Islam. Ini merupakan hari ayat Al-Quran yang pertama diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w dan seterusnya diturunkan secara berperingkat-peringkat sehingga menjadi naskah Agung yang lengkap sebagaimana kitab Al-Quran yang ada pada hari ini.

Peristiwa Nuzul Al-Quran ini berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadhan, tahun ke-41 keputraan Nabi Muhammad s.a.w semasa baginda sedang beribadat di Gua Hira.

"Nuzul" itu sendiri membawa maksud turun atau berpindah dari atas ke bawah.
Ayat Al-Quran diturunkan iaitu "Iqra" dari surah Al-Alaq merupakan ayat pertama yang diturunkan oleh Allah s.w.t melalui Malaikat Jibril.

Sumber: Yahoo

Terlalu banyak rahsia yang terkandung di dalam Al-Quran.
Alhamdulillah sepanjang bulan Ramadhan kali ini saya membaca Al-Quran berserta tafsirannya.
Suami sentiasa mengingatkan saya supaya tidak gopoh semasa membaca Al-Quran.
Suami menasihati supaya saya membaca Al-Quran sambil memahami maksud setiap ayatnya.
Saya masih ingat lagi, di awal perkahwinan kami, selepas solat berjemaah, Suami menerangkan kepada saya tafsiran Al-Fatihah. Suami menerangkan Al-Fatihah merupakan doa kepada Allah swt dan menasihati saya apabila membaca Al-Fatihah dan surah-surah lain, pastikan saya memahami setiap maksudnya.
Suami turut menasihati saya, biarpun saya lambat membaca Al-Quran, pastikan saya faham setiap ayatnya dan apa yang dimaksudkan oleh ayat tersebut.
Alhamdulillah, atas nasihat dan dorongan suami saya berjaya membaca Al-Quran dengan lebih bermakna.

Syukur kepada Allah swt kerana kasih dan sayangnya kepada saya, Dia masih mendetikkan nyawa saya sehingga ke hari ini.
Syukur kepada Allah s.w.t kerana memberikan saya suami yang mampu mendidik saya menjadi orang yang lebih baik.
Syukran Ya Allah.

Selamat Hari lahir Kepada Abah Yang Hebat di Dunia

Tanggal 15 Ogos 2011 merupakan Hari Lahir Abahku.
Abahku sememangnya seorang lelaki yang hebat.
Abah berhijrah dari kampung untuk ke Kuala Lumpur untuk mencari rezeki.
Abah selalu bercerita tentang susah payah abah dan emak semasa penghijrahan mereka.
Abah dan emak bukanlah dari kelauraga yang berada.
Namun sa yang ada sekaranga dalah hasil daripada penat lelah abah menjadi seorang Polis.
Abah sangat komited kepada kerjayanya dan saya tidak mampu menjadi sepertinya.
Tahniah kepada Abah.

Emak dan Abah

Saya merupakan anak yang terakhir dan yang paling rapat dengan Abah.
Sejak kecil sehinggalah saya besar, saya suka mengikuti ke mana sahaja Abah pergi.
Dulu setiap kali menemani Abah ke pasar, abah akan membelikan saya sebuah buku Doraemon.
Dan minat membaca tercetus bermula dari situ.
Sehingga sekarang saya minat membaca hanya dengan bermula daripada membaca sebuah komik iaitu Doraemon.
Semasa sekolah, Abah sentiasa melarang saya untuk keluar bersama kawan walaupun hanya seketika.
Ke mana-mana mesti bersama Abah.
Sekarang saya bersyukur kepada Abah kerana melarang saya untuk keluar semasa itu kerana disebabkan itulah saya jarang berkomunikasi dengan lelaki semasa di bangku sekolah.
Jika Abah ke mana-mana, Abah pasti akan membelikan sesuatu untuk kami 3 beradik.
Saya sangat sayangkan Abah.

Saya bersyukur kerana kedua-dua keluarga saya dan mertua duduk berdekatan.
Tidak sukar untuk ke rumah mereka pada setiap minggu.

"Ya Allah, Engkau panajngkanlah umur kedua ibu bapaku semoga aku dapat membalas segala budi mereka.
Kau maafkanlah semua dosa mereka.
Kau permudahkanlah urusan abah dan emakku"

Selamat Hari Lahir Abah
Adik sentiasa menyayangi Abah.

MATTA Fair ke 2/2011


Assalammualaikum wbt.
Ini meruapakn MATTA Fair kedua dalam tahun ini.
MATTA Fair pertama diadakan pada bulan 2 atau 3 yang lepas.
Setiap kali MATTA Fair, En. Suami dan saya tidak akan melepaskan peluang untuk mengunjungi booth-booth di sana.
Jika terdapat pakej pelancongan yang murah dan berbaloi, kami pasti tidak akan melepaskan peluang untuk merebutnya.
Pada MATTA Fair yang lepas, kami berjaya mendapatkan tiket bas Five Stars pergi-balik Universal Studios dengan harga RM55 semasa cuti sekolah, tetapi pada kali ini promosi ini telah berubah. Harga pergi balik ialah RM75 dan tidak boleh digunakan semasa cuti sekolah dan Sabtu dan Ahad.

Kali ini kami menjumpai sebuah pakej yang menarik.
Saya masih ingat En. Suami sentiasa mengidamkan untuk mengikuti pelancongan di atas kapal mewah Star Cruises.
Alhamdulillah pada kali ini kami menjumpai pakej Star Cruises yang agak berbaloi!
Kami akan menaiki Star Cruises selama 4 hari 3 malam dari Penang kemudian ke Krabi, seterusnya ke Phuket dan pulang ke Penang. Di Krabi dan Phuket kami akan dibenarkan untuk turun selama 10 jam berjalan-jalan di sekitar kawasan tersebut.
Harga? disebabkan saya terpaksa pergi pada cuti sekolah, harganya ialah RM1023 bagi seorang. Harga tersebut termasuklah bilik 2 katil di tingkat atas, tax, cas bahan api, makanan dan perkhidmatan atas kapal.


Dengan menginguti pelancongan Star Cruises kami dapat ke dua tempat sekaligus tanpa memikirkan tempat penginapan.
Saya teringin mahu merasai suasana ala-ala Titanic ~~~~~
heheheh
Pelancongan kami terdiri daripada 6 orang. Saya, En. Suami, Ayah dan Ibu Mertua, Kakak dan Abang Ipar.
Laman sesawang Star Cruises dan perkhidmatannya boleh lihat di sini.

Superstar Libra yang bakal dinaiki kami pada bulan 12 ini.

Kemudian saya ke bahagian Hong Kong bagi mendapatkan maklumat tentang Hong Kong. Saya merancang jika berkesempatan semasa di Hong Kong, kemungkinan kami juga akan singgah di Macau.

Macau

Suami dan keluarganya merancang tahun hadapan untuk ke Pulau Batam, Indonesia melalui Johor.
Ayah mertua akan ke Korea bersama ibu mertua.
Ohhh...seronoknya~~saya ada ke Booth Korea. Syok betul bercakap dengan orang Korea. Borak punya borak mereka memberikan saya bekas pensil khas dari korea yang comel sangat!

Bekas pensil dan Mask dari booth KOREA

Mungkin satu hari nanti saya akan menjejakkan kaki ke sana jika terdapat promosi yang luar biasa murah. (sangat mengharap)
Saya juga turut mendapatkan peta-peta pelancongan bagi Yogjakarta, Hong Kong dan lain-lain.
Ke MATTA Fair, saya dapat merancang bagi perjalanan seterusnya dengan kos yang minimum. Saya juga dapat memperolehi banyak maklumat tentang pelbagai negara.
Sangat seronok ke MATTA Fair.
MATTA Fair seterusnya ialah pada 16 Mac 2012.
Jumpa di sana.

HARAM dari JAKIM

Assalammualaikum wbt.
Kadang-kadang saya rasa pelik.
Kita bangga negara Islam. namun kita langsung tidak mengamalkan cara Islam.
tentang isu HALAL dan HARAM pun seperti dimain-mainkan.
Seharusnya kita mewajibkan seluruh restoran di Malaysia mempunyai sijil HALAL.
Siil halal seharusnya bukanlah satu pilihan tetapi kewajipan kerana kita duduk di negara ISLAM.
Sebar-sebarkanlah berita.


Sumber: sazuya.blogspot.com

Sudah Kembali

Assalammualaikum wbt,
Hari ini alhamdulillah saya mampu membuat banyak perkara.
Pada bulan puasa yang berkat ini, saya sememangnya merasakan semua kerja saya dipermudahkan dan tidak merasai langsung tiada kerja yang tidak disempurnakan.
Kerja-kerja Pusat Sumber, PIBG, mengajar dan kerja sebagai seorang suri kepada seorang suami.
Syukur kepada Allah swt.

Hari ini selepas mengajar pada 2 waktu pertama, saya telah menghantar suami ke Toyota Sungai Buloh.
Bersyukur sangat kereta yang mengalami kemalangan telah siap diperbaiki.
Gembira sungguh suami kerana akhirnya dapat kembalikan semula kereta Abah yang telah dipinjam selama 1 bulan.
Kurang dari sebulan Toyota telah membaiki kereta suami seperti keadaan sediakala.
Yang sedihnya, kami tidak dapat makan percuma di sana.
kalau tak mesti dah dapat menjimatkan kos makan pagi.
Dahlah makanan di Toyota sedap!
hahaahahah...(suka ambil kesempatan =) )

Itu sahaja.
Salam

Persiapan ke Hong Kong

Assalammualaikum wbt,
Ini merupakan post yang pertama sejak tibanya bulan perjuangan, bulan Ramadhan.
Kurang dari sebulan, saya dan suami tersayang akan berangkat ke Hong Kong.


Kami akan berangkat ke Hong Kong pada 4 September 2011, yang kemungkinan merupakan Hari Raya ke lima. Sebenarnya tempahan ke Hong Kong telah dibuat sejak bulan November tahun lepas dan hasil daripada kesilapan pentadbir saya meletakkan cuti raya yang silap tahun lepas telah membuatkan saya terjebak untuk meminta Cuti Rehat Khas selama 4 hari bermula 5 september hingga 7 september.
Hong kong dipilih disebabkan sewaktu itu, Air Asia sedang membuat promosi hebat dan kos penerbangan pergi balik bagi dua orang ke Hong Kong hanya RM636.
Encik suami sentiasa menasihati cik isteri untuk bijak mengambil peluang yang ada!
Maka, cik isteripun mengikut pesanan encik suami.
Tetapi, ianya bukan pada waktu cuti sekolah!
Syukur sekolah saya telah meluluskan cuti saya, tetapi tidak bagi sekolah encik suami.
Semoga berjaya diluluskan!

Disebabkan kami ke Hong Kong tanpa sebarang pakej, maka, pelbagai penyelidikan dari pelbagai sudut perlu dilakukan oleh saya. Saya perlu memastikan setiap perjalanan kami digunakan semaksima yang mungkin supaya tiada kali kedua lagi ke Hong kong.
Sabtu dan Ahad saya gunakan bagi menyelidik setiap tempat pelancongan dan pengangkutan di Hong Kong serta melayari beberapa blog si blogger yang pernah ke Hong Kong. Saya turut melihat google map bagi mengenalpasti setiap jalan yang bakal kami lalui kelak.

Masjid Kowloon

Saya memilih untuk menginap di sekitar Tsim Sha Tsui, Kowloon kerana ianya berdekatan dengan Pusat Islam dan masjid Kowloon yang turut mempunyai kedai restoran makanan halal yang 100% kehalalannya tanpa was-was.

Peta MTR Hong Kong (macam LRT) yang sangat berguna untuk si pejalan kaki seperti saya dan suami

Kata Kak Yana, yang merupakan rakan Encik Suami,
" Kalau kamu orang boleh berjalan sendirian di Singapura, InsyaAllah kamu tiada masalah berjalan di Hong Kong, kerana sistem pengangkutan dua negara ini lebih kurang sama"

Oh, semoga kata-kata Kak Yana ini benar!

Kami akan berada di Hong Kong selama 4 hari.
Sebenarnya saya ingin meluangkan masa bersama suami memandangkan 3 September merupakan tarikh kelahirannya.

Saya merancang untuk ke
Disneyland
OceanPark
The Peak
Sky Teracce
Avenue of Star
Madame Tussauds
The Space Museum
Masjid Kowloon
Semoga Hong Kong memberi seribu satu kenangan kepada kami!
InsyaAllah.
Selamat berpuasa dan perbanyakkanlah amalan baik

up