Nuzul Al-Quran

Sumber: Yahoo

Assalammualaikum wbt.
Hari ini merupakan Hari Nuzul Al-Quran.
Beberapa buah negeri di Malaysia bercuti pada hari ini.
Apa itu hari Nuzul Al-Quran?
Hari Nuzul Al-Quran merupakan hari di mana berlakunya antara peristiwa terbesar dalam sejarah Islam. Ini merupakan hari ayat Al-Quran yang pertama diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w dan seterusnya diturunkan secara berperingkat-peringkat sehingga menjadi naskah Agung yang lengkap sebagaimana kitab Al-Quran yang ada pada hari ini.

Peristiwa Nuzul Al-Quran ini berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadhan, tahun ke-41 keputraan Nabi Muhammad s.a.w semasa baginda sedang beribadat di Gua Hira.

"Nuzul" itu sendiri membawa maksud turun atau berpindah dari atas ke bawah.
Ayat Al-Quran diturunkan iaitu "Iqra" dari surah Al-Alaq merupakan ayat pertama yang diturunkan oleh Allah s.w.t melalui Malaikat Jibril.

Sumber: Yahoo

Terlalu banyak rahsia yang terkandung di dalam Al-Quran.
Alhamdulillah sepanjang bulan Ramadhan kali ini saya membaca Al-Quran berserta tafsirannya.
Suami sentiasa mengingatkan saya supaya tidak gopoh semasa membaca Al-Quran.
Suami menasihati supaya saya membaca Al-Quran sambil memahami maksud setiap ayatnya.
Saya masih ingat lagi, di awal perkahwinan kami, selepas solat berjemaah, Suami menerangkan kepada saya tafsiran Al-Fatihah. Suami menerangkan Al-Fatihah merupakan doa kepada Allah swt dan menasihati saya apabila membaca Al-Fatihah dan surah-surah lain, pastikan saya memahami setiap maksudnya.
Suami turut menasihati saya, biarpun saya lambat membaca Al-Quran, pastikan saya faham setiap ayatnya dan apa yang dimaksudkan oleh ayat tersebut.
Alhamdulillah, atas nasihat dan dorongan suami saya berjaya membaca Al-Quran dengan lebih bermakna.

Syukur kepada Allah swt kerana kasih dan sayangnya kepada saya, Dia masih mendetikkan nyawa saya sehingga ke hari ini.
Syukur kepada Allah s.w.t kerana memberikan saya suami yang mampu mendidik saya menjadi orang yang lebih baik.
Syukran Ya Allah.

0 comments:

Post a Comment


up