Pernahkah anda ke Book Xcess?


Assalammualaiku w.b.t
Selawat dan salam ke atas Junjungan Nabi Muhammad s.a.w
bersyukur kepada Allah s.w.t Yang Esa kerana masih memberi saya kekuatan untuk melakukan ibadah kepadaNya.


Semalam, saya dan suami telah ke Amcorp Mall, Petaling Jaya bagi mengambil sejumlah buku yang telah dipilih pada bulan lepas untuk memenuhi koleksi Pusat Sumber sekolah saya.
Boleh dikatakan buku yang dijual di sini amat murah. Terdapat buku yang harganya 50% lebih murah daripada buku yang dijual di MPH Bookstores. Jika sebelum ini saya membeli di MPH Bookstores, kali ini saya memilih untuk membeli buku English di sini.


Buku Melayu, Agama dan fakta kebanyakkannya saya beli dari PTS Publications.

Kenapa buku di sini murah?
Menurut jurujual Book Xcess, buku yang dijual merupakan buku yang terlebih cetak di luar negara dan di bawa masuk ke negara kita untuk dijual. Oleh itu, buku ini dapat dijual dengan harga yang murah.

Contohnya buku Atlas of The World yang harganya ialah RM 922.50, tetapi hanya dijual dengan harga RM 179.90 sahaja. Buku ini sangat besar dan berinformasi.


Buku Einstein: the Life of A Genius yang dijual dengan harga RM44.90 sahaja. Di tempat lain RM166.00.


Seterusnya, Guiness World Records 2010 pernah di beli oleh sayadi MPH Bookstores pada tahun lepas dengan harga RM99.90 . Tahun ini, Guiness World Records 2011 saya beli dengan harga RM24.90 sahaja (kulit keras). Buku ini sangat diminati pelajar. Buku 2010 sudah seperti belacan.


Lebih daripada 150 buah buku dibeli di Book Xcess!. Sangat puas hati! Berikut merupakan buku-buku untuk Pusat Sumber yang telah di masukkan ke dalam kotak.



Buku untuk Pusat Sumber

Saya dan suami juga turut membeli dua buah komik untuk menambah koleksi buku kami.
terus terang saya katakan, saya dan suami kurang membaca buku berbahasa English tetapi jika ianya KOMIK, kami akan baca!

Buku kami

Hari ini, Mirza dan Chew yang merupakan pengawas bertugas pada hari ini dengan gigih membantu saya memproses semua buku-buku baru ini.
Terima kasih!

Saya syorkan kepada peminat-peminat buku novel English, buku resepi English dan apa jua buku English membeli buku di Book Xcess kerana harga buku-buku di sana sememangnya murah dan kualitinya sama dengan buku yang sama yang dijual di kedai buku yang lain.

Itu sahaja untuk hari ini.
Salam ramadhan

0 comments:

Post a Comment


up