Persiapan ke Hong Kong

Assalammualaikum wbt,
Ini merupakan post yang pertama sejak tibanya bulan perjuangan, bulan Ramadhan.
Kurang dari sebulan, saya dan suami tersayang akan berangkat ke Hong Kong.


Kami akan berangkat ke Hong Kong pada 4 September 2011, yang kemungkinan merupakan Hari Raya ke lima. Sebenarnya tempahan ke Hong Kong telah dibuat sejak bulan November tahun lepas dan hasil daripada kesilapan pentadbir saya meletakkan cuti raya yang silap tahun lepas telah membuatkan saya terjebak untuk meminta Cuti Rehat Khas selama 4 hari bermula 5 september hingga 7 september.
Hong kong dipilih disebabkan sewaktu itu, Air Asia sedang membuat promosi hebat dan kos penerbangan pergi balik bagi dua orang ke Hong Kong hanya RM636.
Encik suami sentiasa menasihati cik isteri untuk bijak mengambil peluang yang ada!
Maka, cik isteripun mengikut pesanan encik suami.
Tetapi, ianya bukan pada waktu cuti sekolah!
Syukur sekolah saya telah meluluskan cuti saya, tetapi tidak bagi sekolah encik suami.
Semoga berjaya diluluskan!

Disebabkan kami ke Hong Kong tanpa sebarang pakej, maka, pelbagai penyelidikan dari pelbagai sudut perlu dilakukan oleh saya. Saya perlu memastikan setiap perjalanan kami digunakan semaksima yang mungkin supaya tiada kali kedua lagi ke Hong kong.
Sabtu dan Ahad saya gunakan bagi menyelidik setiap tempat pelancongan dan pengangkutan di Hong Kong serta melayari beberapa blog si blogger yang pernah ke Hong Kong. Saya turut melihat google map bagi mengenalpasti setiap jalan yang bakal kami lalui kelak.

Masjid Kowloon

Saya memilih untuk menginap di sekitar Tsim Sha Tsui, Kowloon kerana ianya berdekatan dengan Pusat Islam dan masjid Kowloon yang turut mempunyai kedai restoran makanan halal yang 100% kehalalannya tanpa was-was.

Peta MTR Hong Kong (macam LRT) yang sangat berguna untuk si pejalan kaki seperti saya dan suami

Kata Kak Yana, yang merupakan rakan Encik Suami,
" Kalau kamu orang boleh berjalan sendirian di Singapura, InsyaAllah kamu tiada masalah berjalan di Hong Kong, kerana sistem pengangkutan dua negara ini lebih kurang sama"

Oh, semoga kata-kata Kak Yana ini benar!

Kami akan berada di Hong Kong selama 4 hari.
Sebenarnya saya ingin meluangkan masa bersama suami memandangkan 3 September merupakan tarikh kelahirannya.

Saya merancang untuk ke
Disneyland
OceanPark
The Peak
Sky Teracce
Avenue of Star
Madame Tussauds
The Space Museum
Masjid Kowloon
Semoga Hong Kong memberi seribu satu kenangan kepada kami!
InsyaAllah.
Selamat berpuasa dan perbanyakkanlah amalan baik

0 comments:

Post a Comment


up