MATTA Fair ke 2/2011


Assalammualaikum wbt.
Ini meruapakn MATTA Fair kedua dalam tahun ini.
MATTA Fair pertama diadakan pada bulan 2 atau 3 yang lepas.
Setiap kali MATTA Fair, En. Suami dan saya tidak akan melepaskan peluang untuk mengunjungi booth-booth di sana.
Jika terdapat pakej pelancongan yang murah dan berbaloi, kami pasti tidak akan melepaskan peluang untuk merebutnya.
Pada MATTA Fair yang lepas, kami berjaya mendapatkan tiket bas Five Stars pergi-balik Universal Studios dengan harga RM55 semasa cuti sekolah, tetapi pada kali ini promosi ini telah berubah. Harga pergi balik ialah RM75 dan tidak boleh digunakan semasa cuti sekolah dan Sabtu dan Ahad.

Kali ini kami menjumpai sebuah pakej yang menarik.
Saya masih ingat En. Suami sentiasa mengidamkan untuk mengikuti pelancongan di atas kapal mewah Star Cruises.
Alhamdulillah pada kali ini kami menjumpai pakej Star Cruises yang agak berbaloi!
Kami akan menaiki Star Cruises selama 4 hari 3 malam dari Penang kemudian ke Krabi, seterusnya ke Phuket dan pulang ke Penang. Di Krabi dan Phuket kami akan dibenarkan untuk turun selama 10 jam berjalan-jalan di sekitar kawasan tersebut.
Harga? disebabkan saya terpaksa pergi pada cuti sekolah, harganya ialah RM1023 bagi seorang. Harga tersebut termasuklah bilik 2 katil di tingkat atas, tax, cas bahan api, makanan dan perkhidmatan atas kapal.


Dengan menginguti pelancongan Star Cruises kami dapat ke dua tempat sekaligus tanpa memikirkan tempat penginapan.
Saya teringin mahu merasai suasana ala-ala Titanic ~~~~~
heheheh
Pelancongan kami terdiri daripada 6 orang. Saya, En. Suami, Ayah dan Ibu Mertua, Kakak dan Abang Ipar.
Laman sesawang Star Cruises dan perkhidmatannya boleh lihat di sini.

Superstar Libra yang bakal dinaiki kami pada bulan 12 ini.

Kemudian saya ke bahagian Hong Kong bagi mendapatkan maklumat tentang Hong Kong. Saya merancang jika berkesempatan semasa di Hong Kong, kemungkinan kami juga akan singgah di Macau.

Macau

Suami dan keluarganya merancang tahun hadapan untuk ke Pulau Batam, Indonesia melalui Johor.
Ayah mertua akan ke Korea bersama ibu mertua.
Ohhh...seronoknya~~saya ada ke Booth Korea. Syok betul bercakap dengan orang Korea. Borak punya borak mereka memberikan saya bekas pensil khas dari korea yang comel sangat!

Bekas pensil dan Mask dari booth KOREA

Mungkin satu hari nanti saya akan menjejakkan kaki ke sana jika terdapat promosi yang luar biasa murah. (sangat mengharap)
Saya juga turut mendapatkan peta-peta pelancongan bagi Yogjakarta, Hong Kong dan lain-lain.
Ke MATTA Fair, saya dapat merancang bagi perjalanan seterusnya dengan kos yang minimum. Saya juga dapat memperolehi banyak maklumat tentang pelbagai negara.
Sangat seronok ke MATTA Fair.
MATTA Fair seterusnya ialah pada 16 Mac 2012.
Jumpa di sana.

0 comments:

Post a Comment


up