Assalammualaikum wbt.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang Maha Berkuasa, Allah swt.
Hari ini satu hari yang memenatkan. Dari pagi hingga 3.30 petang saya masih belum menjamah sedikitpun makanan dan minuman.
Hari ini saya dipantau oleh guru DG48.
Hari ini jadual saya sangat penuh.
Hari ini saya perlu menyelesaikan surat jemputan untuk perasmi Majlis Anugerah Cemerlang dan Mesyuarat Agung PIBG.
Hari ini ada Kursus Dalaman selepas sekolah.
Pembelajaran hari ini saya gunakan Smartboard yang baru sahaja dipasang di Makmal Komputer hasil sumbangan dari Rotary Club PJ.
Smartboard merupakan satu papan interaktif yang menggunakan pen fleksibel dan jari.
Ianya seolah-olah anda menggunakan Galaxy Note yang besar.
Anda boleh menulis atau melukis di atas paparan gambar, power point, word dan lain-lain dengan menggunakan pen yang dikhaskan.
Saya hanya perlu membuka aplikasi Word dan saya boleh menulis di atas paparan tersebut.
Kemudian saya membuka CD bagi mengajar. Saya juga boleh membuat penjelasan tentang sesuatu gambar rajah sambil menulis di atas paparan tersebut.
Sangat interaktif.
Rotary Club telah menyumbangkan 1 buah Smartboard, 1 buah Projektor dan 1 buah CPU bagi digunakan oleh warga sekolah.
Anda boleh rujuk di laman web ini tentang Smartboard yang awesome ini.
Terdapat kursus dalaman yang dianjurkan sekolah berkaitan dengan Smartboard ini.
Kursus ini diadakan selama 3 hari. Rabu lepas merupakan Kursus Smartboard yang pertama. hari ini kedua dan seterusnya pada 20 Mac 2011.
Selepas kursus yang pertama, saya benar-benar teruja dengan teknologi ini dan berniat untuk menggunakannya semasa pembelajaran dan pengajaran. Alhamdulillah saya berjaya menggunakannya pada hari ini.
Banyak lagi yang perlu dibelajar tentang Smartboart ini!
Saya pasti anda juga pasti teruja apabila menggunakan Smartboard.
Terima kasih kepada Rotary Club atas sumbangan ini. Tak sabar untuk mengajar menggunakan benda alah ini lagi. Seronok~~~
Entah berapa markah yang saya dapat.....ooohhh....risau