Rabu yang Indah

Assalammualaikum wbt,
Selawat dan salam kepada Junjungan Mulia Nabi Muhammad s.a.w.
Segunung terima kasih kepada yang Maha Esa atas segala rezeki yang dikurniakan pada hari ini.
Rezeki oksigen, makanan, kesihatan, tenaga, semangat dan segala-galanya.
Hari ini merupakan satu lagi hari yang menggembirakan.
"Kesihatan adalah suatu yang utama daripada segala kemerdekaan sedangkan kebahagiaan menimbulkan tenaga yang menjadi dasar bagi kesihatan"
Henri F. Arniel

Semoga pembaca-pembaca dalam keadaan yang gembira!
Hari Rabu merupakan antara hari yang paling sibuk dalam jadual harian di sekolah.
Jadual waktu yang padat serta aktiviti kokurikulum di sebelah petang ditambah pula dengan mesyuarat meningkatkan lagi kesibukan hari Rabu.

Barang di atas meja di bilik guru telah meredakan kepenatan pada hari ini. Sebuah kotak comel serta 2 bekas makanan polystrene diletakkan di atas meja. Seorang pelajar yang tidak sihat telah mengirimkan barang tersebut melalui adiknya.


Aduhai Nuraina Izzaty, terima kasih kerana menyusahkan diri untuk barang ini.
Sudah 3 hari saya tidak melihat pelajar ini kerana beliau telah jatuh sakit.
Terharunya apabila beliau mengirimkan barang tersebut kepada saya.
Walaupun hari kelahiran saya telah lepas, beliau bersusah payah memberikan sebuah kotak comel kepada saya.
Didalam kotak yang comel itu, mengandungi sehelai kain selendang serta pin tudung yang cantik.


Beliau juga turut memberikan saya 2 bekas polystrene yang mengandungi Nasi Lemak Ayam.
Aina memaklumkan bahawa Nasi Lemak Ayam yang dibeli merupakan antara nasi lemak yang paling sedap pernah dimakannya dan dia mahu saya dapat merasai kesedapannya.
Ohh...terharunya. Terima kasih.
Nasi Lemak Ayam tersebut sememangnya sedap. kalau nak bagi lagi saya terima dengan tangan yang terbuka.

"Saya main-main jer dengan awak suruh belanja saya, takda niat yang serius pun"
Kini, saya berasa bersalah pula~~~
Sudahlah budak ini sakit, boleh pula suruh bapanya hantar kepada adiknya yang bersekolah di sini dan kemudian letak di atas meja saya pula.

Jadi Aina, terima kasih.
Selamat Hari Jadi kepada awak juga.
Semoga cepat sembuh supaya kita dapat menyelami ilmu Fizik bersama-sama.
Saya sayang awak dan juga semua pelajar saya.
Salam

0 comments:

Post a Comment


up