Assalammualaikum w.b.t
"Yang penting adalah ikhlas, kemudian biarkanlah terjadi apa yang bakal terjadi"
Abu Musa Al-Asy'ari
Abu Musa Al-Asy'ari
Saya merupakan seorang guru. Apabila saya menjadi seorang guru, saya belajar bagaimana untuk menjadi ikhlas dalam setiap kerja yang saya lakukan.
Tidak mengharapkan balasan, meruapakan perkara yang sering dipegang oleh guru seperti saya.
Setiap hari saya berdoa supaya setiap ilmu yang Allah s.w.t pinjamkan kepada saya mampu saya permudahkan dan menyebarkannya pula kepada orang lain iaitu pelajar.
Setiap hari saya berdoa supaya kekhilafan saya tidak mempengaruhi ilmu yang bakal saya berikan.
Saya berterima kasih kepada Yang Maha Esa kerana memberi jalan sebagai seorang guru kepada saya.
Saya tidak harapkan pelajar saya menunjukkan keputusan yang baik kepada saya. Keberjayaan pelajar saya terletak kepada akhlaknya. Akademik merupakan suatu kelebihan. Bagi saya ucapan terima kasih merupakan ayat yang mampu memberikan magik kepada si pendengar.
Terima kasih yang diluahkan oleh pelajar selepas kelas seolah-olah ianya dipaksa. Kadang-kadang, guru perlu mengucapkan dahulu ucapan keramat itu supaya dibalas oleh pelajarnya. Ada kalanya bunyi loceng membuatkan pelajar bergegas keluar dari kelas tanpa sepatah kata. Jika bernasib baik, adalah seorang dua pelajar yang akan ke arah guru untuk mengucapkan terima kasih.
Terima kasih yang magikal cukuplah dengan meluahkan dengan menggunakan sepotong ayat yang indah.
"Terima kasih Cikgu kerana telah berjaya mengubah saya"
"Terima kasih atas apa yang telah cikgu berikan, insyaAllah saya akan berusaha"
"Terima kasih kerana telah bersusah payah mengajar saya"
"Terima kasih kerana menjadi guru yang terbaik pernah saya ada"
Jika kita berjaya atas bantuan seseorang, tidak salah untuk kita mengucapkan terima kasih kepadanya.
Jika kita berjaya atas bantuan seseorang, tidak salah untuk kita mengucapkan terima kasih kepadanya.
Tidak salah kita memaklumkan kepadanya bahawa kita telah berjaya atas bantuannya.
Tidak sukar untuk kita menjadikannya salah seorang insan yang terawal untuk mengetahui tentang kejayaan kita.
Tidak sukar untuk kita mengarang sebuah mesej terima kasih kepadanya kerana sanggup bersusah payah membantunya.
Tidak sukar untuk menaip hanya ucapan terima kasih.
Tidak sukar untuk menaip hanya ucapan terima kasih.
Jika kita boleh menaip dan memaklumkan kepada orang lain tentang kejayaan kita, mengapa tidak kita menaip ucapan sekalung penghargaan dan memaklumkan kepada orang yang membantu kita tentang kejayaan kita?
Jika kita boleh membalas ucapan-ucapan tahniah yang diberikan atas kejayaan kita, mengapa tidak kita ucapkan tahniah kepada orang yang banyak membantu kita kerana telah berjaya membantu kita untuk menjadi orang yang berjaya?
Jika kita boleh membalas ucapan-ucapan tahniah yang diberikan atas kejayaan kita, mengapa tidak kita ucapkan tahniah kepada orang yang banyak membantu kita kerana telah berjaya membantu kita untuk menjadi orang yang berjaya?
Terima kasih merupakan sepotong ayat yang amat ringkas, mudah dan penuh makna. Namun kalimah ini amat sukar untuk dilafazkan. Adakah kita merupakan golongan yang kedekut untuk berterima kasih?
"Semoga kita tidak lokek mengucapkan terima kasih"
Salam
0 comments:
Post a Comment