Hari Peringatan Pandu Puteri Sedunia Peringkat Kebangsaan 2012

Assalammualaikum w.b.t
Bersyukur kepada Allah s.w.t atas kesihatan yang diberikan.

Sekolah saya terpilih untuk mewakili kontigen Selangor bagi perarakan sempena Hari Peringatan Pandu Puteri Sedunia Peringkat Kebangsaan di Seremban Negeri Sembilan.
Kontigen Selangor mula berkumpul di Rumah Pandu Puteri yang terletak di Bukit Gasing seawal jam 6.30 pagi.
9 buah sekolah dari seluruh Selangor dipilih bagi menyertai perarakan ini yang terdiri daripada seorang guru pembimbing serta 4 orang pelajar Pandu/ Renjer Puteri dari setiap sekolah.
Kami bertolak dengan menaiki bas pada pukul 6.45 pagi dan sampai pada pukul 8.30 pagi di Padang Majlis Perbandaran Seremban.


Hari Peringatan mula disambut pada tahun 1926 semasa Persidangan Antarabangsa di USA. Kemudian, ahli persidangan bersetuju supaya mewujudkan satu hari yang isteimewa di mana Pandu Puteri dan Pengakap di seluruh dunia saling mengingati dan memberikan ucapan terima kasih dan memberikan penghargaan kepada Pandu Puteri dan Pengakap yang lebih dewasa.

Pada tahun ini, Seremban merupakan tuan rumah bagi sambutan Hari Peringatan dengan bertemakan "We Can Save Our Planet".
Kami berarak sejauh 1.4km bagi menyokong tema tersebut.


Selangor membawa hampir 50 orang kontigen, manakala Kuala Lumpur pula membawa 350 orang. Sungguh bersemangat!


Kemudian, kami memasuki Dewan Majlis Perbandaran Seremban dan meneruskan upacara pada hari ini.


Di sini, saya dapat berjumpa dengan ramai guru pemimpin Pandu Puteri dan dapat berkongsi pelbagai idea. Sungguh seronok apabila Pandu Puteri seluruh Malaysia dapat berkumpul bersama.
Semoga tahun depan sekolah saya terpilih lagi untuk aktiviti ini!


Kepada Khadijah, Syazwani hashim, Syazwani Samsolnizam dan Fatin, semoga kamu semua terus aktif dengan Pandu Puteri!
Terima kasih kerana sanggup bangun seawal pagi untuk turut serta.


Berikut merupakan gambar kontigen Selangor:


Itu sahaja pada hari ini. Salam.

0 comments:

Post a Comment


up