Cuti di Johor

Assalammualaikum w.b.t
Pada cuti am yang lepas iaitu 4-6 Feb 2012, Allah s.w.t memurahkan rezeki saya untuk ke Johor bagi menikmati cuti bersama-sama dengan keluarga saya.

Sayangnya abang saya tidak dapat ikut bersama disebabkan komitmennya terhadap geng keretanya.
Saya dan suami menempah sebuah apartment di Lotus Desaru Beach Resort.
Perjalan ke sana sangatlah jauh seperti menaiki kereta sehingga ke hujung dunia (melampau sungguh).
Sedikit kebosanan perjalanan ke Desaru.
bagi saya yang paling menarik ialah Johor Premium Outlets.


Mungkin saya baru mengetahui kewujudan Outlets ini. Ianya seakan-akan Factory Outlets yang berada di Phuket, Thailand. Di sini berkumpulnya butikberjenama seperti Burberry, Michael Korr, DKNY, Elle, Fossil, Armani, Bonia, Coach, Fossil, Nike dan lain-lain.

Saya hanya layak memasuki beberapa kedai yang dianggap setaraf dengan wang yang dimiliki saya. Tidak semua butik dianggap murah oleh saya walaupun ianya memberikan harga potongan yang agak banyak. Contohnya Coach yang menjual sebuah dompet yang berharga RM800 dan potongan harga menjadi RM400 masih lagi dianggap mahal oleh saya.


Ohh...setakat dompet tidak perlulah harga ratusan ringgit rasanya.
Alhamdulillah syaitan tidak menghasut semasa berjalan-jalan di sana.



Terdapat juga beberapa butik yang menjual memberikan harga yang mampu milik.
Contohnya Nike yang menjual deretan kasut sukan juga casual yang harganya sangat murah.
Murah kerana ianya merupakan stok lama namun masih kelihatan baru.
Fossil juga menjual koleksi beg yang murah. Saya telah membeli dompet yang telah lama dilihat oleh saya sejak beberapa bulan di Internet. Alhamdulillah Allah s.w.t menemukan saya dengan beg dompet idaman saya ini dengan harga yang jauh lebih murah. Saya memperolehinya dengan harga RM75 sahaja.

Selain itu juga, butik Bonia juga menawarkan harga yang amat murah.
Butik-butik lain....ermmm...tak mampu nak masuk.


Saya seronok dapat hadiah dari Mak dan Acak saya beg Fossil Reissue Turnlock Crossbody Bag.
Hadiah Hari lahir.
Sangat gembira dan bersyukur. Terima kasih Mak dan Acak.


Akhirnya kami sampai di Lotus Desaru yang amat jauh ini.

Saya dan suami memang seronok bercuti di sini. Kami benar-benar memaksimumkan penggunaan kemudahan yang ditawarkan. Lotus Desaru yang terletak di persisir pantai Desaru memiliki sebuah taman tema air yang kecil, kolam renang, gym dan lain-lain.
kalau pembaca rajin, bolehlah lihat di laman sesawang resort ini.



yang tidak menarik ialah, pakaian yang dipakai oleh saya tidak dibenarkan mandi di kolam renang dewasa. Ohh...mereka kata orang pakai baju ketat renang sahaja yang dibenarkan. saya pun katalah "Baju itu terlalu seksi walaupun kononnya ada baju renang muslimah".
jadi En. Suami sahaja yang menikmati berenang di kolam renang dewasa.
saya dibenarkan mandi di taman tema. Jadi semangat kekanak-kanakan tiba.
Saya dan En. Suami mandi di taman tema sepuas-puasnya selama 2 hari kerana kami tidak pernah ke taman tema air semasa kecil.



Terima kasih Allah s.w.t kerana memberikan saya peluang dan kenikmatan bersama keluarga.
Jumpa lagi di lain waktu.

Tiga pesanan Rasulullah sebelum kewafatannya:
1. Solat pada waktunya
2. Berjihad di jalan Allah s.w.t
3. Berbaiklah dengan ibu bapa

Wasalam.

0 comments:

Post a Comment


up