Renjer Puteri: Ujian Jurumasak & Melayan Tetamu

Assalammualaikum w.b.t
Semoga semuanya berada dalam keadaan yang hebat.
Hari ini meruapakan hari Rabu. Di sekolah tempat saya berkhidmat merupakan hari bagi aktiviti pakaian beruniform.
4 orang Pandu Puteri dan 4 orang Renjer Puteri menduduki Ujian Jurumasak dan Melayan Tetamu.
Mereka merupakan segolongan Pandu Puteri yang telah melalui Pra-Persetiaan yang membolehkan mereka menduduki Ujian Kemahiran bagi mendapatkan Tali Pekelilingan.
Bagi mendapatkan Tali pekelilingan, seorang Pandu Puteri perlu mendapatkan Lencana Rumah Kecil yang meliputi 6 Ujian Kemahiran iaitu:
Ujian Jurumasak, Ujian Melayan Tetamu, Ujian Pendobian Pakaian, Ujian Penjagaan kanak-kanak, Ujian Ahli Rumah Tangga dan Ujian pertukangan/komputer/penjahit/pekebun.
Syarat sampingan bagi tali pekelilingan ialah menyertai perkhemahan hujung minggu, telah mendapatkan lencana pertolongan cemas serta lulus Ujian kelas Dua sebelum berumur 16 tahun.

Cabaran saya sebagai Guru Pemimpin Renjer Puteri ialah, saya perlu mendorong golongan ini sehingga berjaya mendapatkan lencana Rumah Kecil seterusnya diberikan tali pekelilingan sebelum berumur 16 tahun. Salah seorang ahli pada bulan 5 ini akan berumur 16 tahun.
Oleh itu, saya perlu melengkapkan segala ujian sebelum umurnya 16 tahun.

Hari ini mereka menjalankan ujian Juru Masak dan melayan tetamu.
Alhamdulillah mereka berjaya melakukannya dengan baik.

Mereka mula memasak pada pukul 2.00 petang dan mula menghidang pada pukul 3.30 petang.

Setiap ahli menunjukkan kesungguhan dalam menyiapkan menu yang telah mereka rancang.
Setiap kumpulan terdiri daripada 2 orang ahli.
Setiap kumpulan perlu menyediakan menu berdasarkan syarat yang telah ditetapkan.
Masakan perlu mempunyai
ayam/ikan
telur
sayur
buah-buahan


Pada pukul 3.30 petang, guru petang akan dijemput bagi menilai masakan dan cara layanan mereka.
Ianya merupakan satu kepuasan apabila mendapat pujian positif.
Saya turut bangga dengan mereka kerana berjaya menyiapkan menu tersebut pada masa yang ditetapkan.


Seterusnya kami menghabiskan makanan lebihan dan mengemas bilik masakan.
Ianya merupakan satu pengalaman yang menarik bersama mereka.
Ujian seterusnya ialah Ujian penjagaan Kanak-Kanak yang akan dilakukan pada hari Sabtu 25 Febuari iaitu semasa guru sedang berkursus di sekolah.

Tahniah kepada mereka yang hebat!


0 comments:

Post a Comment


up