Jepun Hari 13: Meiji Mura, Inuyama, Nagoya

Perancangan melawat Museum Meiji-Mura merupakan perancangan tambahan apabila kami berjaya memdapat extended day melalui Optiontown, Preferred Flight Option (PFo).
Sepatutnya kami pulang pada hari ini, 13 Disember, tetapi atas option ini, kami berjaya menambah bilangan hari dan pulang pada 15 Disember.

Penambahan hari ini bukanlah senang kerana keputusan PFo hanya akan diterima pada lewat 12 Disember. Akibat daripada penambahan hari, malam ini kami terpaksa merempat tanpa penginapan.

Selepas menyemak pengangkutan yang terbaik ke Inuyama berdasarkan Hyperdia, kami bertolak ke Museum Meiji-Mura pada jam 0930. Dari stesen Nagoya, kami mengambil Meitetsu Nagoya ke Inuyama. Harga tiket sehala 550 yen. Perjalanan mengambil masa 35 minit.

Hypedia

Tiket 

Apabila kami tiba di stesen Inuyama, kami terus ke Kaunter Informasi Inuyama untuk mendapatkan info tentang Museum ini. Kami dimaklumkan terdapat bas khas untuk ke Museum Meiji-Mura di platform 2 dengan harga 420 yen.
Kami bergegas ke platform tersebut kerana kurang dari 5 minit bas akan mula bergerak.
Perjalanan ke Museum mangambil masa 20 minit.


Kenapa kami beriya-iya ke Museum Meiji-Mura?
Museum Meiji-Mura merupakan museum terbuka yang terdiri daripada lebih 60 buah bangunan dan stuktur lain rata-ratanya dari era Meiji (1868-1912), Taisho (1912-1926) dan awal Showa (1926-1989)

 Era Meiji merupakan zaman di mana Jepun mula membuka pintunya kepada dunia luar. Rekaan bangunan-bangunan menunjukkan pengaruh barat yang kuat dalam tetapi pada masa yang sama mengekalkan struktur Jepun yang dibina daripada kayu. 

Pamplet

Kebanyakkan bangunan di era Meiji dipindahkan dari serata Jepun dan dibina semula di dalam museum ini. Mereka sedaya upaya mengekalkan bentuk asal bangunan tersebut sebagai langkah menjaga budaya Meiji. 9 daripada bangunan di Meiji-Mura ini telah diisytiharkan sebagai Aset Penting Budaya (Important Cultural Assets). Museum Meiji Mura ini merupakan bukti pertukaran budaya Barat-Timur dan ini dapat membantu meningkatkan kefahaman hubungan masyarakat Jepun dan dunia luar. 

Peta

Senarai bangunan-bangunan

Tiket masuk berharga 1900 yen.

Tiket. [ Tiket masuk 1900 yen + pengangkutan 800 yen = 2700 yen seorang]

Museum Meiji-Mura ini seluas 250 hektar bersebelahan Tasik Iruka
Sangat-sangat besar. 
Terdapat 2 pass bagi pengangkutan di dalam Museum ini.
1.Village Bus (500 yen)
2. Village Bus + Streetcar + Steam Locomative Train (800 yen)

Kedua, itu pilihan kami. Sudah jauh sampai, apa salahnya untuk merasainya ketiga-tiga kenderaan yang tidak pernah kami rasai terutamanya Streetcar dan Steam Locomative Train yang berasal dari era Meiji.
Kami diberikan pass tersebut untuk digunakan bagi pilihan kedua.

Pass untuk Steam Locomative Train, Streetcar dan Village Bus

Masuk sahaja, saya terus ke kedai Meiji-Mura untuk membeli buku Passport Stamp & Guide.
Buku Passport ini untuk eki-stamp bangunan-bangunan yang telah saya kunjungi di dalam Museum ini. Harganya 200 yen.

Buku Passport Meiji Mura


Eki stamp bangunan-bangunan dalam Museum Meiji-Mura

Berjalan di dalam Meiji-Mura seolah-olah kami masuk ke era Meiji. Segala-galanya berubah.
Dari pintu masuk, kenderaan, pekerja-pekerja dan deretan bangunan. Segala-galanya berlainan.
Disebabkan kawasannya yang besar dan jarak antara bangunan yang jauh, kami dapat menikmati pemandangan era Meiji ini dengan sesungguh-sungguhnya.
Tidak ramai pengunjung. Mungkin kerana bukan musim cuti bagi Jepun.

Renga-dori, Area 2

Renga-dori, Area 2

Pandu arah

Renga-dori


Physics and Chemistry Theaters, Fourth National High School


Higashi-Yamanashi District Office


Perhentian Village Bus


Shichijo Police Box


Untuk anda yang mempunyai bajet lebih, bolehlah menempah baju era Meiji dengan harga sewaan 1000 yen dalam tempoh 10 minit. Baju era Meiji seperti yang ditunjukkan pada pamplet dan bawah ini.


Suka baju belah kiri tu. Tapi kami tiada bajet untuk itu.



 Village Bus


Pemandu Village Bus yang mesra

 Dalam Village Bus. Kerusi kayu!

Depa panggil ini sebagai Streetcar

Pemandu Streetcar memberi penerangan 


Pemegang diperbuat dari rotan 


 Pemandu Streetcar menukar arah.

Bagaimana mereka mengekalkan sejarah beratus-ratus tahun ini amat mengagumkan dan harus dicontohi.
Kecantikan daun-daun luruh dan kecerahan musim sejuk menambahkan keseronokkan kami!

 Tasik Iruka yang amat luas.

Official Abode of Sugashima Lighthouse

And boleh memasuki setiap bangunan yang terdapat di sini. Ada sesetengah bangunan disediakan guide dan jadual bagi menerangkan struktur istimewa bangunan tersebut.
Guide tersebut boleh bertutur dalam English yang mudah.

Penerangan tentang bangunan

 Revolusi tandas

Revolusi Telefon

 Dr. Shimizu's Office

Area 4

Tentang hal makan, kami telah membawa bekalan nasi yang dibeli dari 7 eleven dan serunding yang di bawa dari Malaysia.
Kami langsung tidak membeli makanan di sini.

Uji-Yamada Post Office

 Uji-Yamada Post Office

 Peti Pos era Meiji

Japanese Immigrants' House, Registro, Brazil

Rokugo River Iron Railway Bridge

 Area 5


Main Entrance Hall and Lobby, Imperial Hotel Table Used for Signing the Treaty of Portsmouth

 Area 5


Laluan ke Steam Locomotive Tokyo Station

Steam Locomotive Tokyo Station


Steam Locomotive Nagoya Station

Seharian juga kami di sini dan satu hari tidak cukup untuk memasuki semua bangunan.
Kami amat berpuas hati dengan kunjungan kami ke Museum Meiji-Mura.
Waktu Operasi 9.30 am - 4.00 pm (Nov-Feb), 9.30 am - 5.00 pm (Mac - Oktober)
Pakailah kasut yang sesuai, kasut tinggu tu tok sah.

Bagi pencinta architecture, ini tempat untuk anda!

Sebelum pulang, kami mengambil wudhuk di dalam Museum sebelum keluar sebagai pelawat terakhir. Kemudian kami solat di luar pagar sementara menunggu bas terakhir.
Segala-galanya terakhir. Hahahahaha

 Pagar Utama Museum Meiji-Mura

Kami tidak memilih jalan seperti kami datang.
Kami mengambil peluang untuk melihat sekitar Inuyama dan Nagoya dengan menaiki Meitetsu Bus. Meitetsu Bus ini merupakan bas henti-henti dari Inuyama sehingga Stesen Nagoya.

Meitetsu Bus yang dinaiki kami

Skrin yang menunjukkan jumlah bayaran dan stesen perhentian berikutnya.

Kami menaiki bas ini pada jam 1630 dan tiba di Nagoya pada jam 1830. 
Bayaran dibuat setelah sampai ke destinasi.
Harga berdasarkan skrin yang ditunjukkan di dalam bas. 
Dari Meiji Mura ke Stesen Nagoya berharga 870 yen. Jimat 100 yen dibandingkan dengan kos datang ke Meiji Mura.
Kami dapat melihat sisi lain Jepun dari tingkap bas =). 
Ianya pengalaman baru bagi kami.

Sekarang perlu memikirkan tempat bagi kami membunuh masa. 


Jepun Hari 12: SCMAGLEV and Railway Park

Seawal pagi kami ke stesen Nagoya.
Guesthouse kami terletak berdekatan dengan stesen ini.
Kami singgah di kaunter informasi bagi mendapatkan beberapa maklumat tentang Nagoya.

Stesen Nagoya
Pusat Informasi Stesen Nagoya

Kami ke SCMAGLEV and Railway Park.
 Saya amat tertarik dengan perkembangan jaringan keretapi di Jepun. Museum ini terletak 21.4 km dari Nagoya. Selepas menyemak Hyperdia kami mengambil Aonami Line dari Stesen Nagoya ke stesen Kinjofuto dengan harga tiket 350 yen seorang


SCMAGLEV and Railway Park di bina oleh Japan Railway Group @ JR Group yang merupakan museum kereta api sebenar yang memaparkan perkembangan dan kegemilangan perkhidmatan kereta api di Jepun.

Bangunan SCMAGLEV and Railway Park

Interior dalam

Mesin tiket

Tiket masuk berharga 1000 yen seorang dan perlu dibeli di mesin yang berada di pintu utama. 
Kemudian kami diberi pamplet peta bangunan dan tiket loteri.

Peta Tingkat 1 SCMAGLEV and Railway Park
Peta Tingkat 2 SCMLEGLEV and Railway Park

 Melangkah masuk ke ruang pertama, Symbolic Rolling Stock Hall kami disambut 3 buah kereta api sebenar, Class C62 Steam Locomotive, 955 Experimental Shinkansen 300X dan MLX01-1 Superconducting Maglev

 Experimental Shinkansen 300X 
Fastest Electronic Multiple Units in 1996

Penerangan

Sudut bacaan

Bagaimana muncung keretapi dapat mengurangkan rintangan angin.

Triangle Event Zone

Terdapat 39 gerabak kereta api yang sebenar di museum. Terdapat beberapa gerabak yang memiliki rekod dunia. Pameran di sini dapat mengembalikan kenangan era semasa ianya berfungsi.
Di sini, anda boleh melihat, menyentuh, merasa pengalaman berapa di dalam gerabak keretapi.


Railway System Learning Zone

Railway System Learning Zone

Railway System Learning Zone: Revolusi Keretapi Laju (Bullet Train)


Railway System Learning Zone

Railway System Learning Zone

Railway System Learning Zone: Landasan Bullet Train

Railway System Learning Zone

Railway System Learning Zone: Pengalaman sebenar membeli tiket Bullet Train

Railway System Learning Zone: Tiket Bullet Train



Setiap tiket yang dibeli disertakan 2 tiket untuk menyertai simulasi keretapi.
Terdapat 3 jenis simulasi dan setiap orang hanya boleh memasukkan 2 tiket dalam 2 daripada 3 kotak simulasi yang disediakan. 
Semua tiket akan dipilih secara rawak dan tiket yang bertuah dapat merasai simulasi yang dimenangi dengan bayaran yang telah ditetapkan.

Lottery Simulation Ticket Box

Rezeki suami dapat merasai simulasi shinkansen N700 dengan bayaran 500 yen.

Result of Lottery Simulation

Simulasi ini seakan akan anda memandu sendiri shinkansen. Sebelum itu, guide akan megajar cara pemanduan shinkansen. Kemudian anda boleh memilih tahap kesukaran pemanduan

Simulasi Shinkansen N700

Saya pula hanya merasai simulasi biasa sahaja yang berharga 100 yen.

Simulasi Biasa 

Kereta api telah banyak memberi kesan kepada masyarakat, budaya, ekonomi dan cara hidup orang Jepun. 
Orang Jepun banyak bergantung kepada pengangkutan kereta api dan oleh sebab inilah, perkembangan kereta api di sini amat pesat dan sentiasa ditambah baik.

Learning & Experiencing Room

C57 Steam Locomotive

Bagaimana shinkansen mengimbangi badannya.


Series 700 class, 300 class, 100 class, 0

Di tingkat 2, terdapat Greatest Railways Diorama Room dan Diorama ini adalah yang terbesar di Jepun

Learning & Experiencing Room: Diorama

Hoji 6005

Railway History Room





Gov. Railway 1st Bus

Kami turut merasai Superconducting Maglev theater. Ianya seakan-akan kami duduk di dalam sebuah Maglev. 





Tidak dilupakan eki-stamp.
Sebelum naik Aomari Line di Stesen Nagoya, JR sedang buat promosi, ada poskad keretapi, sempat capai beberapa keping dan sesuai sangat dengan eki stamp SCMLEGLEV and Railway Park.

Eki stamp yang memaparkan Series 0 Shinkansen



Cop banyak-banyak eki stamp yang cantik ini.
Cop satu dalam buku sebagai kenangan.
Rugi kalau datang Jepun tidak mendapatkan eki stamp di stesen-stesen kereta api dan tempat pelancongan.


Saya rambang mata dengan semua barang di kedai ini.
Sekejap nak beli model keretapi, sekejap rasa nak beli poskad, sekejap rasa nak beli alat tulis, sekejap rasa nak beli syiling cenderamata.
Syukur suami sedarkan diri ini dari segala nafsu bukan-bukan.



Kami mengambil keputusan untuk membeli pin shinkansen sebagai cenderamata kepada keluarga dan rakan-rakan. 
Ianya sesuatu yang berbeza. Magnet peti ais mahal sangat la...


Museum ini dibuka dari pukul 10 pagi hingga 5.30 petang. Kami di sini sehingga di halau. 
Sebelum keluar kami ke bilik air Museum yang canggih untuk mengambil wudhuk dan solat Jama' di laman luar museum.

Seterusnya kami mengambil semula Aomori Line ke Stesen Nagoya dengan tiket berharga 350 yen seorang.
Kami pulang semasa waktu puncak, sangat ramai lelaki berkot hitam di dalam kereta api. 
Berdiri sepanjang berada dalam kereta api.


Sampai sahaja kami terus ke Guesthouse, makan nasi dan serunding. 
Kemudian semak email.
Alhamdulillah berjaya lanjutkan tarikh balik.
Kami pulang pada 15 Disember tetapi kami tiada penginapan untuk 2 malam.

Selepas makan dan solat di guesthouse, kami keluar untuk mencari penginapan bagi malam besok 13 Disember dan 14 Disember.
Namun rata-rata sudah penuh.
Malam ini kami berfikir untuk penginapan malam besok.


up