Jepun Hari 4: Gunung Koya, Wakayama

Selepas solat subuh, Inai menyediakan sarapan pagi.
Kami bersarapan dengan seluruh keluarga Inai.
Inai menyediakan sandwich sambil menonton televisyen.
Mr Inai memaklumkan berita di televisyen melaporkan bahawa hari ini salji pertama akan turun di Mt Koya. Saya seakan tidak percaya kerana kami merancang ke Mt Koya bukan untuk salji.
Jika benar ada salji sememangnya ini ialah rezeki yang tidak terduga daripada Allah swt.

Kami menyemak jadual perjalanan keretapi sebelum ke stesen. Sepanjang di sini, keretapi semuanya tiba pada tepat masanya berdasarkan Hyperdia.
Usai bersarapan, Mr Inai menghantar kami ke JR Kita Shinoda untuk ke Namba Park.


10 minit lagi keretapi Nankai ke Mt Koya akan bertolak. Betapa lajunya kami berjalan memandangkan Namba Park ini sangat besar.
Setiap kali kali perlu bertanya untuk sampai ke Nankai Namba Stesen.
Seterusnya kami ke Nankai Namba Stesen untuk membeli Tiket Koyasan World Heritage Ticket yang berharga 2800 yen.

Tiket ini sangat ekonomi kerana ia merangkumi tiket 2 hala Namba-Koyasan (termasuk cablecar), tiket bas Nankai Rinkai tanpa had di Mt Koya, potongan 20% bagi bayaran masuk ke Reihokan Museum, kondo (Golden Hall, Konpon Daiton dan Kongobu-ji Temple; dan potongan 10% bagi belian souvenir di beberapa kedai cenderamata.

Perjalanan keretapi

Kereta api yang dinaiki kami ialah model 2000 series yang sangat luas dan duduk bebas. Tiada orang pun. Seperti keretapi ini kami yang punya. 

2000 series

Interior dalam 


Kami turun di Stesen Gokurabashi dan seterusnya menaiki Cablecar ke Stesen Koya..
Mt Koya terletak 800m di atas aras laut.


Cablecar ke Mt Koya

Selepas 5 minit, tiba di Mt Koya. Beberapa bas telah menunggu di luar stesen. 
Kami menaiki bas untuk ke Koyasan Guesthouse Kokuu. Guesthouse ini terletak berdekatan dengan pintu masuk ke hutan Okunoin.

 

Kami disambut oleh pemilik Guesthouse, Mr. Ryochi Takai dan isterinya, Mrs Yuki Takai.
Sambil menghirup teh panas, Mr  Ryochi menerangkan secara terperinci tempat-tempat yang menarik di sini, jadual bas, jadual tram, peraturan guesthouse dan bagaimana menggunakan peralatan di guesthouse.


Tempahan bilik Private Double Bed di Koyasan Guesthouse Kokuu telah dilakukan seawal 3 bulan.

Mr & Mrs Takai

Kami sangat menghargai usaha Mr Ryochi dan isterinya membantu kami menulis dalam bahasa Jepun tentang peringatan larangan dalam makanan dan minuman kami:

Menurut beliau, kebanyakkan sos kicap di Jepun mempunyai sedikit sake dan minyak babi, jadi beliau menasihati kami agar tidak mengambil mana-mana sos kicap walaupun sos kicap untuk takoyaki.
Beliau turut memaklumkan jika kami menolak sebarang makanan atau minuman tanpa alasan, ia boleh menyebabkan orang lain kecil hati kerana orang Jepun terkenal dengan sifat pemurah mereka.
Jadi, penerangan yang panjang lebar tanpa terjemahan dalam gambar di atas ini menerangkan kami tidak mengambil sebarang sake, daging dan soy sauce atas faktor keagamaan.
Catatan ini amat membantu kami memandangkan masih ramai orang Jepun yang tidak memahami English.

Facebook Koyasan Guesthouse Kokuu

Sesudah itu, Mr Ryochi memberitahu bahawa salji hari pertama di Mt Koyasan sedang turun.
Kami amat teruja dan terus ke luar untuk merasai salji kali pertama bagi kami.


Salji hari pertama

Zohor telah masuk, jadi kami solat jamak sebelum memulakan aktiviti kami.
Sementara menunggu suami selesai solat, saya mengintai di jendela, Subhanallah, indahnya!!
Mt Koyasan telah dilitupi salji!!!! Senyum tak sudah!
Destinasi pertama kami ialah Daimon iaitu pintu masuk ke Mt Koya.

Dari jendela guesthouse
Mt Koyasan yang putih
Dalam bas ke Daimon
Daimon


Daimon

Mt Koya terletak di Prefektur Wakayama. Pembukaan Koya dirintis oleh seorang sami yang bernama Kobo Daishi atau Kukai pada tahun 819.
Mt Koya merupakan pusat Shingon Buddhisme dan dikelilingi oleh 8 buah gunung.
Terdapat hampir 120 buah kuil di sini yang turut menyediakan pakej pengalaman bermalam, makan dan mengikuti upacara morning prayer sepeti seorang sami Buddha.
Bangunan-bangunan di Mt Koya masih utuh walaupun bandar ini berumur hampir 1195 tahun.
Pada tahun 2004, Mt Koya telah diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO dan tidak lama lagi bandar ini akan meraikan sambutan 1200 tahun Mt Koya


Apa yang menarik tentang Mt Koya ialah tempat-tempat yang menarik boleh dilawati hanya dengan berjalan kaki atau bas. Susah nak sesat kecuali masuk hutan.
Seterusnya, anda boleh menikmati keindahan salji dikebanyakkan kawasan tanpa bayaran. Hanya memasuki bangunan sahaja yang memerlukan bayaran. Bas juga mengikut jadual.

Apabila terlalu sejuk, kami singgah masuk ke Kedai Souvenir dan kedai serbaneka.
Ha ha...tumpang heater.

3 tempat paling popular di Mt Koyasan:

Okunoin.
Jauh di dalam Okunoin, terletaknya makam Kukai, yang dikelilingi dan diterangi beribu tanglung gantung.
Dikatakan, semua tanglung ini bernyala sejak kematian Kukai iaitu 1000 tahun dahulu. Makam ini dikelilingi dengan kawasan permakaman dan pohon cedar yang tinggi dan besar.


Kami memasuki Okunoin dalam suhu -2 darjah. Sangat sejuk ditambah lagi melalui kawasan permakaman batu. Dikatakan terdapat hampir 200 000 batu makam. Terdapat juga patung-patung yang dibina di makam.





Kami masuk bukannya untuk menziarahi makam Kukai. Kami ingin menikmati keindahan dan kehebatan alam ciptaan Allah swt. Betapa indahnya musim salji. Betapa bahagianya apabila dapat berjalan berdua dengan suami. Hahahaha...
Sepanjang perjalanan kami, jarang-jarang kami terserempak dengan pejalan yang lain. Terdetik dalam hati sesatkah kami?? Kalau betullah sesat, habislah kami sebab memang sejuk dalam ini!
Salji masih turun dan terasa perit hidung walaupun kami telah memakai penutup hidung.
 Sungai pun membeku! Patung-patungpun dipakaikan baju.
Tangan macam dah beku. Kaki pun dah macam tak rasa jejak tanah!
Nak tekan punat camera pun dah tak mampu,


Sungai yang membeku

Penanda kami hampir sampai
Kompleks

Selepas hampir 2 km berjalan, kami akhirnya tiba.
Cepat-cepat kami masuk ke dalam salah satu komplek untuk memanaskan badan.
Alhamdulillah.
Kami hanya menikmati keindahan hutan Okonuin sambil melihat pengunjung membuat tilikan.
Terdapat juga pengunjung yang berhajat, berdoa dan melemparkan air di salah satu patung, Mizumuke Jizo.



 Eki stamp Okunoin
Maskot Mt Koya


Garan
Garan merupakan kompleks bagi ajaran Shingon Buddha, dibina oleh Kukai. Ditengah-tengah kompleks ini terletak sebuah Pagoda yang berwarna merah, yang dinamakan sebagai Konpo Daito yang menurut dokrin Shingon, ia melambangkan titik tengah mandala yang bukan sahaja di Mt Koya tetapi seluruh Jepun. Konpo Daito merupakan bangunan yang paling tinggi di Mt Koyasan.

Konpo Daito
Kompleks Garan
Kompleks Garan
Kompleks Garan


Kompleks Garan
Kompleks Garan

Kongobu-ji Temple
Kuil Kongobu-ji merupakan pusat bagi ajaran Shingon Buddisme. Terdapat Taman Zen atau Taman Batu seperti yang terdapat di Kyoto.
Kami masuk ke sini akibat terlalu sejuk.
Bayaran masuk 500 yen - 20% diskaun (Tiket Koyasan World Heritage) dan kami diberi biskut beras dan segelas air teh panas.

Pintu masuk Kongobu-ji Temple
Kongobu-ji 



Nak rasa baring atas salji
Kongobu-ji 
Taman Batu.

 Kongobu-ji 
Taman Zen @ batu

Kami pulang ke Guesthouse pada pukul 4.30 petang.
Solat dahulu sebelum keluar sekali lagi pada sebelah malam.

Sementara menunggu bas
Di hadapan Information Centre
Di hadapan Information Centre
Information Center


Kami sepakat untuk membatalkan rancangan kami untuk menaiki Wakayama Electric Railway Kishi Line. Terlalu sayang untuk meninggalkan pengalaman kali pertama bersama salji.
Jadi dari rancangan awal telah jimat 4400 yen
Besok kami boleh menikmati salji yang entah bila boleh kami rasai lagi.

0 comments:

Post a Comment


up