Jepun Hari 10: Iga, Mie


Hari kesepuluh

Hari ini kami ke Kampung Ninja, Iga! 
Tiba pada jam 1311. 
Kelebihan pemegang Kintetsu Rail Pass ialah kami juga boleh menggunakan train Iga Railway Iga Line.
Transport: Dah masuk sekali!! Yippee.

Laluan berwarna kuning dan biru yang diambil oleh saya 

Berikut merupakan train dari Stesen Igakambe ke stesen Uenoshi.

 Train Ninja

Ya, beg berat!!! Tapi alhamdulillah setibanya di stesen Iga, terdapat loker bagi bagpack kami yang berat!
Loker pun cantik tema Ninja.
Kami memilih untuk mengambil loker yang paling besar. Boleh muat 2 bagpacks. Rasanya 600 yen.

Loker Ninja

Tidak sukar untuk ke Ninja Museum of Igaryu. Semuanya hanya dengan berjalan kaki.


Kami singgah sebentar ke Pejabat Pos untuk membeli Gotochi Mie.


Peta sekitar Ueno


5 minit berjalan tibalah kami di Ninja Museum of Igaryu.

Perjalanan ke Ninja Museum of Igaryu

Disambut oleh Ninja

Mendengar penerangan tentang rumah seorang Ninja

Kami disambut oleh penyambut berbaju ninja.
Tiket berharga 700 yen.
Pertama sekali, kami dibawa masuk ke dalam rumah seorang ninja. Penerangan diberikan dalam English. Rumah Ninja ni sangat banyak helahnya. Semuanya untuk pelindungan dan menyelamatkan diri.

Seterusnya kami ke tempat pameran
Tidak ramai pengujung di sini. Jadi kami dapat menikmati segala yang terpampang di dinding. 
Walaupun nampak seperti membosannya tetapi semua bahan pameran sangat menarik, berinformasi dan terdapat translasi English.





Matlamat utama seorang ninja ialah bersembunyi dan melarikan diri. Matlamat terakhir barulah melawan.

Terlalu banyak salah faham terhadap ninja.
Maklumat tentang ninja banyak memperbetulkan salah tanggap saya terhadap ninja.
Rupanya ninja ini pada asalnya hanyalah petani. Mereka menjadi ninja untuk mengintip atau menghantar maklumat.
Paling cool cara mereka berlatih!!
Ninja ni perlu jaga makan dan membawa barang yang sama berat dengan badan mereka supaya mereka boleh mengangkat badan merek dengan sebelah tangan sahaja!!
Museum ni serius cool =D




Lama juga kami di sini.

Jumpa eki stamp di kedai Ninja!
Comel


Jamak di Museum ini dengan mengambil wudhu menggunakan air paip yang sejuk di luar bangunan pameran.

Seterusnya melayari internet dengan menggunakan Wi-Fi Free Spot bagi memaklumkan kelewatan kami untuk mendaftar masuk ke Kazami Guesthouse, Ise.



Sebelum meninggalkan Museum, suami sempat bermain Shuriken. =P
Seronok si suami main lempar-lempar gaya Naruto.

Bermain lempar shuriken

Pencapaian terbaik

Berdekatan dengan Museum, terletaknya Haiseiden Hall yang bentuknya menyerupai sebuah topi.
Ia dibina sempena ulang tahun ke 300 tahun Basho Matsuo.
Basho Matsuo merupakan penyair Jepun yang terkenal pada era Edo dan beliau lahir di bandar Iga.

Perjalanan ke Ueno Castle

Haiseiden Hall

Sesudah itu, kami ke Ueno Castle yang terletak di kawasan paling tinggi dalam Taman Ueno ini.
Ueno Castle kecil jika dibandingkan dengan Nagoya Castle.
Kami tiba lewat petang. 
Tiket masuk 500 yen.
Bagi saya pamerannya kurang menarik jika berbanding di Castle yang lain.
Tiada terjemahan English.
Saya tak syorkan anda untuk masuk.
Ambil gambar banyak-banyak je lah sebab Castle ni cantik.
Dari atas, kami dapat melihat bandar Ueno.

 Ueno Castle

Bahan pameran di Ueno Castle

Bahan pameran

 Interior Ueno Castle

 Salah satu bahan pameran. Islam ke? 

Wajib: Eki stamp Ueno Castle

Kami merupakan pelawat yang terakhir. Pintu besar/ utama Castle telah ditutup. Jadi kami perlu melalui pintu kecil ini.

Melalui pintu kecil

Gotochi Ueno Castle

Hari semakin gelap, kami berjalan menuju ke stesen Uenoshi.
Kami melalui sekolah yang paling lama di Iga, Nishi Elementary School, kemudian terus ke stesen Uenoshi untuk mengambil bag seterusnya ke stesen Kintetsu Igakambe.
Dari sini kami ke Iseshi.

 Perjalanan ke Stesen Uenoshi

Perjalanan ke Stesen Uenoshi

 Peti Pos 


Pondok Telefon

Stesen Uenoshi

Sampai di Iseshi pada larut malam disebabkan kami tidak mengambil Limited Express.
Perjalanan train dari Igakambe ke Iseshi mengambil masa  42 minit.

 Train kami ke Iseshi dah sampai

 Interior Kintetsu 

 Tiba di Iseshi

Pemandangan di luar stesen Kintetsu Iseshi 

 Tiba di Iseshi

Tiba di Iseshi

Alhamdulillah Kazami Guesthouse hanyalah 8 minit berjalanan kaki dari Stesen Kintetsu Iseshi
Masa untuk rehat. 

0 comments:

Post a Comment


up