Jepun Hari 9: Nara


Hari kesembilan:

Kami bertolak dari Kyoto pada jam 1700.
Bermulanya penggunaan Kintetsu Rail Pass Valid 5 days.
Pass ini sangat sesuai bagi pengembara yang ingin mengembara di sekitar Osaka, Nara, Kyoto, Mie dan Nagoya. Sangat bersesuaian dengan perjalanan kami =)

Tiket Hijau: Limited Express, Biru: Unlimited Rail Pass for 5 days

Rail Pass ini tidak boleh dibeli di Malaysia. 
Hanya JR Pass sahaja yang boleh dibeli di Malaysia. JR Pass menghubungkan bandar-bandar besar.
Kami pula ke kawasan-kawasan yang pedalaman sikit. Harganya jauh lebih murah dari JR.

Kami beli di Big, Osaka dengan harga 3,800 yen. Jadi dua orang 3,800 yen x 2 = 7,600 yen.
Dengan Rail Pass ini, boleh dapatkan 3 tiket Limited Express. 
Limited Express merupakan train express ke bandar-bandar tertentu. 
Train ini tak akan singgah banyak stesen.
Kami membuat keputusan untuk gunakan Limited Express bagi perjalanan:
1. Kyoto ke Nara
2. Nara ke Igakambe
3. Iseshi ke Nagoya.

Yang lain guna Rail Pass yang sama tapi berhenti di banyak stesen. 

Perjalanan dari Kyoto ke Nara hanya mengambil masa 35 minit sahaja.
Kami tiba pada jam 1735. 1735 di Jepun bukan seperti di Malaysia.
Hari telah malam.
Dari stesen Kintetsu, kami mengambil Teksi untuk ke The Deer Park Inn
1000 yen.
Selepas membaca review di Tripadvisor, guesthouse ini bukanlah popular, jadi kami perlu bersiap sedia mencetak peta dari stesen Kintetsu Nara ke The Deer Park Inn, beserta nombor telefon.
Peringatan ini telah menyelamatkan kami. Sememangnya pemandu teksi itu tidak tahupun lokasi The Deer Park Inn dek kerana terletak di dalam Deer Park.


Kami tiba agak lewat tetapi telah dimaklumkan melalui email.
Kami disambut mesra oleh pemilik guesthouse tersebut. =)
Biliknya amat memuaskan.
Tidur berhadapan tingkap. 
Rusa dah tidur.

Penyambut tetamu merangkap pemilik

 Bilik menghadap tingkap

 Laluan ke bilik dan sinki

Dapur dan meja makan

Bilik air

Kami bertemu dengan pelancong dari Australia dan mereka mengajak kami untuk berjalan pada waktu malam di sekitar Nara Park dan ke Nigatsudo Hall yang terletak di atas bukit berhampiran.
Selepas solat dan makan, kami mula berjalan ke arah bukit.

 Perjalanan ke Nigatsudo Hall


Nigatsudo Hall

Berehat selepas mendaki tangga.

Kayu tilik nasib kot??

Nigatsudo Hall

Dari atas dewan tersebut, kami dapat melihat lampu-lampu dari bandar Nara.
Perjalanan ke Nigatsudo Hall melalui kubur lama dan tiang-tiang patung.
Suhu amat sejuk!

 Permandangan dari Nigatsudo Hall

Kami berjalan masuk ke dalam hutan dan akhirnya sampai semula di Guesthouse.

Perjalanan pulang ke Guesthouse

Masa untuk tidur. Bersedia untuk hari besok.

Hari kesepuluh:
Bangun-bangun solat dan terus selak langsir, wahhhhhh,,,banyaknya rusa. 
Kami keluar awal untuk menikmati keindahan Nara.
Bermain dengan rusa, berjalan-jalan di sekitar Nara Park dan menuju ke arah Todaiji Temple.





 Sedekah untuk rusa







 Todaiji Temple. Salah satu UNESCO



Kami kembali semula ke guesthouse dan bersedia untuk ke Igakambe.
Untuk ke stesen Kintetsu Nara, Kami memilih untuk menaiki bas dengan harga 120 yen.

Stesen Kintetsu Nara

Sampai di stesen Nara, Kami terus menukar tiket kami ke Limited Express Nara to Igakambe.
Bertolak pada jam 1200. Kami perlu menukar train di Yamatodaiji dan Yamatoyagi, 
Tak perlu risau sebab tempat duduk semuanya telah di'reserve' untuk kami.
Kami tiba di Igakambe pada jam 1311.

 Tiket Limited Express Nara ke Igakambe

Limited Express

0 comments:

Post a Comment


up