Folk Art #1

Assalammualaikum w.bt.,
Setiap orang pasti mempunyai hobi.
Saya cuba mencari apakah hobi saya semasa di hujung minggu.... Semasa menghadiri Kursus Asas Pengurusan Pusat Sumber di Subang Jaya, saya bertemu dengan Kak Faiza yang memang menarikdan banyak sangat perkara yang kami kongsikan. Kami banyak berborak tentang perkara yang kami suka lakukan.
Kekaguman saya terhadap kak Faiza apabila beliau berkemahiran dalam seni folk art. terdapat banyak jenis seni folk art. Tetapi yang menarik perhatian saya ialah seni Folk Art melukis bunga ala-Inggeris.Saya mula jatuh cinta dengan folk art dan kak Faiza memberi semangat kepada saya. Beliau membawa saya ke Craft Haven, One Utama bagi membeli barangan asas bagi Folk Art. Saya cuba belajar melalui buku dan youtube. Namun, belajar dengan tidak berguru itu umpama belajar dengan syaitan. 'Sesat' dan semakin tidak betul. Suami menggalakkan saya mencari guru Folk Art yang mahir.Saya cuba mencari melalui internet dan blog. Akhirnya saya bertemu dengan sebuah blog http://countryarts.blogspot.com yang sangat menarik. Saya segera menghubungi Cikgu Lakshmi melalui internet bagi mengikuti kelasnya. Alhamdulillah saya menyertai kelasnya buat kali pertama.
Cikgu mengajar saya membuat stroke yang paling asas (Gambar paling kiri), kemudian saya diajar melukis bunga yang pertama iaitu Daisy menggunakan stroke yang baru dibelajar (gambar tengah) dan akhirnya menghasilkan lukisan bunga daisy (gambar kanan). Saya diajar cara menggunakan berus dengan betul dan bagaimana cara memegangnya. ianya tidaklah semudah yang disangka. Cikgu sentiasa menasihati supaya saya sentiasa bersabar bagi menghasilkan sesuatu seni. Kemudian saya perlu melengkapkan satu projek iaitu melukis bunga daisy di atas papan. Inilah hasil pertama saya.

Terima kasih kepada Cikgu Lakshmi kerana telah menyediakan kek yang sedap! Segala ilmu yang diberikan telah disalin semula ke dalam buku selepas pulang ke rumah.

Terima kasih juga kepada Kak Faiza yang mencetuskan minat saya.
Terima kasih kepada suami yang sanggup menemani saya selama 3 jam.
Terima kasih Allah s.w.t kerana memudahkan jalan ini.

Tidak sabar untuk ke kelas seterusnya!

0 comments:

Post a Comment


up