Pesta Buku Antarabangsa 2011 #1

Assalammualaikum w.b.t

Sejak 2 minggu lepas saya telah menyediakan kertas kerja untuk ke Pesta Buku Antarabangsa yang dianjurkan pada setiap tahun oleh Majlis Buku Kebangsaan Malaysia dan Kementerian Pelajaran Malaysia dengan kerjasama beberapa persatuan di Malaysia.Tahun ini Pusat Sumber dapat menyediakan bas bagi membawa pelajar ke Pesta Buku Antarabangsa kali ke-30. Hanya 80 orang sahaja yang dapat menyertainya. 40 orang pada hari ini dan 40 orang lagi pada hari besok. Tidak banyak aktiviti yang dianjurkan oleh KPM untuk pelajar sekolah. Saya telah mendaftarkan 5 orang pelajar tingkatan 2 bagi Pertandingan Menulis Karya Kreatif dan mereka semua memperolehi vaucer buku dan buku percuma. Selebihnya pula mengunjungi pameran buku yang diadakan.Tidak banyak buku yang dibeli oleh saya pada kali ini kerana masih banyak buku yang belum dibaca berada di rak buku bilik. Saya menuju ke beberapa tempat pameran yang dapat membantu saya bagi mendapatkan sumber-sumber bagi menambahkan buku di Pusat Sumber. Saya mengunjungi tempat pameran Dewan Bahasa dan Pustaka, Bahagian Buku Teks KPM, Jabatan Kesenian dan Kebudayaan, dan tidak lupa mengunjungi PTS. Di bilik pameran Dewan Bahasa dan Pustaka, saya memperolehi barang-barang berikut:
1. Majalah Dewan Bahasa dan Pustaka Disember 2010
2. Koleksi Pedoman Bahasa 1
3. Buku kecil "Orang Berbudi, Kita Berbahasa.." yang mengandungi pantun-pantun Melayu.


Saya melihat PTS banyak mengeluarkan buku yang baru dan ianya pasti mendapat sambutan daripada pelajar. Maka, seperti tahun yang sudah, saya menanda semua buku yang masih belum terdapat di rak Pusat Sumber dan menyerahkan senarai buku yang ditandakan kepada Nordianah yang merupakan jurujual yang bertanggungjawab bagi mengeluarkan sebut harga bagi buku yang dibeli.
Untuk perpustakaan mini di rumah saya, cukuplah 2 buah buku iaitu
1. Konspirasi Yahudi
2. Tuhan Untuk Semua.


Seterusnya saya menuju ke dewan-dewan yang lain. Suami ada memesan beberapa buku untuk dibeli daripada al-Hidayah Publications iaitu
1. Al-Masih al-Dajjal: Manusia Yang di Murkai Allah
2. Singkatnya Usia Umat Islam, Kedatangan Imam Mahdi & Munculnya Dajjal.


Kemudian saya membeli majalah "Memperingati Imam asy Syahid Hassan al-Banna, Edisi Khas Revolusi Mesir 2011" yang hanya berharga RM5.00

Saya menuju ke Gempak Starz dan membeli 6 buah komik. dengan pembelian tersebut, saya dihadiahi 3 buah beg gempak, 2 botol air mineral gempak dan 6 keping fail gempak.

Besok pula 40 orang pelajar lagi akan dibawa ke PWTC.

0 comments:

Post a Comment


up