Percutian Atas Kapal Yang Berbaloi


Assalammualaikum wbt,
Pada 16 Disember yang lalu, saya, suami, mak dan ayah mertua serta abang ipar dan isterinya telah menikmati percutian di atas kapal Star Cruises Libra selama 4 hari 3 malam.


Kami mula menaiki kapal tersebut pada pukul 3.00 petang 16 Disember 2011 di Pelabuhan Swettenham. pendaftaran bermula dan setiap kami diberikan sekeping kad yang menjadi identiti kepada kami dan kad tersebut juga berfungsi sebagai kad pintu kabin, juga kad kredit di dalam kapal. Tiada sebarang urusan wang tunai dibenarkan semasa berada didalam kapal.



Libra dapat menampung hampir 1500 penumpang pada satu-satu masa. Terdapat 10 tingkat dan saya menduduki kabin di tingkat ke-4. Semakin tinggi tingkat kabin, semakin mahal harganya. Terdapat 3 restoran di dalam kapal dan restoran halal iaitu Four Seasons Restauran terletak di tingkat teratas. Restoran tersebut menyediakan makanan buffet yang amat sedap dan bekalan makanan diambil dari Malaysia dan melalui kastam serta imegresen bagi memastikan ianya daripada sumber halal. Hanya restoran tersebut boleh dinikmati oleh semua penumpang dengan percuma semasa sarapan, makan tengah hari dan makan malam. Pada malam pertama, terdapat barbeque yang amat meriah dan menyediakan pelbagai jenis
makanan. Kolam mandi dan jakuzi turut berada di tingkat teratas.



Suami yang gembira dapat menggunakan kemudahan di atas kapal.

Kabin kami tidaklah besar, namun ianya amat selesa. Kiblat diukur setibanya kami di kabin iaitu sebelum kapal mula bertolak ke Phuket. bagi yang mabuk laut, mungkin anda tidak akan selesa menikmati percutian atas kapal. Semasa tidur, saya dapat merasakan kapal sedang berayun-ayun. Suami tidak dapat tidur dengan nyenyak manakala isterinya sememangnya dapat tidur dengan gembira menanti hari esok.


Di sebelah malam, terdapat pelbagai acara yang dianjurkan secara percuma seperti tayangan filem di Stardust.

Kami menunggu ketibaan hari esok kerana kami akan berada di Phuket buat pertama kalinya.

4 comments:

TIM CM said...

wow,bestnye bercuti kat atas star cruise, boleh x nak tahu berapa bajet all in board untuk percutian diatas star cruise?

H o n e y s h a said...

Bergantung kepada promotion.
Terdapat pelbagai promotion untuk cruise.
Kalau nak murah ambil semasa MATTA Fair yang berlangsung setiap tahun pada bulan 3 dan 9.

Harga bergantung kepada deck (cabin) yang kita mahukan. Lagi tinggi tingkat deck (cabin) lagi mahal. Ada 10 tingkat Cruise nie rasanya.
Kalau cuti sekolah pun akan mahal sedikit berbanding pergi semasa hari biasa.
Waktu saya ambil cuti sekolah bulan 12 dalam RM1100.

Anonymous said...

assalamualaikum, nk tny cmner plak nk tempah tu?

syima said...

salam, nak tanya kami sekeluarga juga akan bercuti dgn cruise ni nanti. singgah ke phuket dan krabi. saya bawa bayi berumur 11 bulan. sesuai ke kami turun ke phuket dan krabi nanti berdasarkan ur experience. takut panas or sesak. dan ada naik ke bot kecik ke bila turun ke phuket or krabi, selamat ke utk baby. tq

Post a Comment


up