Pangkor, Here I Come!

Assalammualaikum..
Pangkor, HERE I COME
Saya menghadiri kursus berkaitan dengan ICTL iaitu ICT literacy. Sampai-sampai sahaja saya terus membuka laptop dan mengenalpasti sama ada Hotel ini mempunyai Wireless atau tidak. Alhamdullillah, namapun kursus ICT mestilah ada wireless. Program akan bermula malam ini pada pukul 8. Jadi saya lepak jerlah...nak mandi swimming pool malu plak rasanya...saya rasa baru saya sorang jer sampai..
Mula-mula saya ingat ini kursus yang melibatkan sekolah-sekolah di bawah Pejabat Daerah Pelajaran Petaling Utama, rupanya melibatkan 5 lagi daerah pelajaran lain di Selangor iaitu Klang, Gombak dan Petaling Perdana. So, ramailah kiranya saya harap kursus ini bukan setakat bercakap jer....maksud saya ceramah. saya harapkan ianya kursus praktikal melibatkan kemahiran.
Saya tidak sabar mahu balik ke sekolah untuk meningkatkan kemudahan Pusat Sumber Sekolah. 2 hari di sekolah selepas pulang dari kursus saya telah mewujudkan Rak Karya Agung, Meja Pameran bertema untuk Hari kemerdekaan dan mengasingkan buku Red Spot serta melekatkan sticker.
2 minggu kelas Fizik tiada...rindunya nak mengajar Fizik. Ermmm...mesti budak-budak 4A dah banyak lupa tentang Fizik... =(
Setakat itu sahaja.
Salam..

KURSUS PEMANTAPAN ICTL SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT DAERAH PETALING UTAMA
12 - 14 OGOS 2009
PANGKOR CORAL BAY RESORT, PULAU PANGKOR, PERAK

0 comments:

Post a Comment


up