Pascal & PSS

Pascal's Principle states that pressure applied to an enclosed fluid is transmitted uniformly to every part of the fluid and to the walls of the container.
An important application of Pascal's principle is the hydraulic press.
By this application, a large load such as a car can be supported on the large piston by a much smaller force on the smaller piston.
Hydraulic brakes, car lifts, hydraulic jacks, forklifts, and other machines make use of this principle.

Pascal's Principle. Itulah subtopik yang diajar pada hari ini. Saya plan nak mengajar sehingga Bouyant Force tetapi membebel jer dah abis 1 masa mengajar. Saya sedikit kecewa apabila pelajar tidak menyiapkan tugasan yang diberikan semasa ketiadaan saya di sekolah sejak 2 minggu yang lepas. Pelbagai alasan di cipta oleh pelajar..antaranya "Cikgu kertas hilang", "Cikgu, ada dalam beg", "Cikgu ada kat rumah" dan pelbagai lagi. Ok fine..
Saya rekod semua tugasan yang dihantar oleh pelajar. Sesiapa yang rasa dirinya sudah cukup hebat, tidak perlulah hantar tugasan yang diberi, tetapi akhir tahun kalau keputusan kantoi, pandai-pandailah jawab kat mak bapak awak. Saya tidak akan tolong! Saya hanya akan tolong pelajar yang rajin dan sentiasa berusaha menyiapkan tugasan yang diberi.

Setiap kali tamat kelas, pasti Jason Koh Kok Weng akan berdiskusi soalan-soalan berkaitan Fizik. Seronok juga berdiskusi dengan pelajar ini. Pelbagai soalan dan penyelesaian dapat dibincangkan. Jason juga selalu bantu saya mengangkat barang saya ke PSS...hehehhehehe...saya pembuli!!
Budak ini seperti juga kawan saya. Senang berbicara pelbagai perkara dengannya. Selain itu juga terdapat beberapa pelajar yang saya anggap seperti sahabat..banyak membantu saya.

Pusat Sumber.....
Kerja di Pusat Sumber sangat banyak dan tidak putus-putus. Apabila saya pulang dari kursus, sangat banyak ilmu dan maklumat yang diperolehi dan lebih banyaklah perkara yang perlu ditambah baikkan.
Saya tidak sempat ke kantin untuk makan kerana sibuk di PSS. Hari ini saya menyiapkan proses teknik buku yang baru tiba. Proses teknik tersebut melibatkan: Merekod no perolehan buku baru, menulis slip kerja, automasi buku, mencetak dan melekatkan barcode, mengecop hak milik PSS, membalut buku dan terakhir sekali meletakkan buku di meja promosi buku baru.
Alhamdulillah pengawas PSS banyak membantu.
Hanif, Syamil, Umar, Za'shanel dan Ain telah mempercepatkan segala proses teknik.
Hari Haran dari semalam membantu mengira jumlah buku dalam Rekod Perolehan Bahan Buku yang tidak disiapkan oleh Penyelaras sebelum ini. Sejak tahun 2001 pengiraan tidak dilakukan. Apabila ia terhenti, ia telah membantutkan pengiraan saya dan saya tidak dapat menyiapkan kerja saya. Terima kasih kepada HARI HARAN yang banyak membantu.
Terima kasih juga kepada SAFWAN yang telah menjadi ALONG dan menjejaki pelajar-pelajar yang lewat memulangkan buku Pusat Sumber.

Kerja seterusnya ialah meletakkan sticker putih pada buku Fiksyen Melayu, Inggeris, Cina dan Tamil.
Penat betul~~
Tapi insyaAllah semua usaha saya pasti akan mendapat ganjaran yang setimpal!
Ya Allah, kau kuatkanlah semangatku, Kau jauhkanlah aku dari segala kesusahan...


0 comments:

Post a Comment


up