Penjilidan Majalah

Assalammualaikum wbt.
Penjilidan majalah merupakan salah satu elemen yang perlu ada dalam penggredan Pusat Sumber. Baru-baru ini saya mengemas bilik kerja di Pusat Sumber dan saya terjumpa seplastik besar tulang majalah dan klip rambut untuk proses penjilidan. Mungkin Penyelaras sebelum ini telah menyimpannya.
Sebenarnya saya tidak tahu kegunaan dan cara memprosesnya. saya mencari masa untuk cuba memprosesnya dan alhamdulillah saya telah berjaya menjilidkan beberapa jenis majalah termasuklah Dewan Siswa, Fokus SPM dan Reader's Digest.

Berikut merupakan proses penjilidan majalah.

Langkah 1: Bahan yang perlu ada ialah Tetulang dan klip rambut.
(Terdapat pelbagai saiz untuk tetulang majalah)

Langkah 2: Susun majalah mengikut bulan penerbitan.


Langkah 3: Ambil klip dan kepilkan klip ditengah-tengah setiap majalah.

Langkah 4: Penjilidan telah siap

Langkah 5: Cuba untuk membukanya sama ada majalah terkeluar atau tidak.

Jika tidak terkeluar maksudnya penjilidan berjaya dilakukan.
SELAMAT MENCUBA.

0 comments:

Post a Comment


up