Trangenesis

Karya tulisan Amir Husaini yang cukup membuka minda saya tentang aktiviti penklonan manusia dan tumbuhan.

Trangenesis mencerita tentang seorang yang dicipta melalui teknologi pemindahan genetik haiwan dan tumbuhan kepada embrio yang diklonkan daripada manusia. Teknologi ini telah menghasilkan manusia yang mempunyai kelebihan keistimewaan iaitu mempunyai deria hidu sensitif seperti anjing dan mampu menghasilkan makanan sendiri melalui proses fotosintesis. Penghasilan ini telah dilakukan oleh pakar genetik di Institut Trans DNA secara rahsia.

Perkara ini mula terbongkar apabila subjek eksperimen yang diberi nama Subjek 4-7-9-1 terbebas dari makmal dan berita pembunuhan Hwang di kawasan pembalakan telah mencetuskan permulaan penceritaan buku ini.

Subjek 4-7-9-1 digambarkan memiliki sepasang anak mata dan rambut berwarna hijau. Subjek ini juga telah menggelarkan dirinya sebagai Flora. Keberjayaan penciptaan Subjek 4-7-9-1 adalah hasil kegagalan 4790 embrio yang sebelum ini dan semua embrio tersebut telah dibuang dan dimusnahkan oleh Hwang atas arahan Datin Kay yang merupakan pencetus idea Trangenesis ini. Namun, tidak semua embrio itu berjaya dimusnahkan. Terdapat sebiji embrio yang berjaya diselamatkan oleh sepohon pokok kenanga dan dimasukkan ke dalam perdunya. Lebih kurang sembilan bulan, embrio tersebut dipelihara sehingga cukup matang dan sempurna bagi hidup di dunia ini. Pada masa tersebut, pokok kenangan itu mengorbankan dirinya supaya embrio yang cukup tempoh itu dapat keluar dari perdunya. Flora yang dibesarka di dalam perdu pohon kenanga ini membesar dengan perasaan dendam kepada pembunuh saudara-saudaranya iaitu embrio-embrio.

Kini terdapat 2 Flora yang mempunyai sifat fizikal yang serupa. Bezanya, seorang dibesarkan di dalam makmal dan seorang lagi dibesarkan di dalam hutan. Seorang mempunyai dendam yang sangat mendalam atas penciptanya manakala seorang lain sangat mensyukuri nikmat kurniaan Allah swt.

Flora yang sangat mendendami Datin Kay telah membunuh dan menyerang satu persatu manusia yang berkaitan dengan Datin Kay bermula dengan pembunuhan Hwang.

Akan bersambung~~~

2 comments:

Post a Comment


up