Kursus~

Assalammualaikum w.b.t
Semoga anda semua sihat dan sentiasa bersemangat menjalani hari-hari yang indah.
Bersyukur kepada Allah swt, Tuhan sekalian alam yang tidak putus-putus menghadiahkan saya pelbagai rezeki yang tidak terkira banyaknya.

Seminggu berkursus.
Dalam seminggu saya menghadiri 2 kursus.
5 hari Kursus Pengurusan PSS dan 2 hari Kursus Pra Waran PP Renjer.

Kursus Pengurusan PSS...
Kursus yang 100% berguna kepada saya. Alhamdulillah apabila saya ke kursus ini, pelbagai persoalan saya telah terjawab. Selama ini saya menjalankan tugas berdasarkan pembelajaran sendiri melalui buku-buku dan fail-fail. Namun, belajar dari manusia sememangnya pembelajaran yang terbaik supaya saya tidak sesat jalan. Sepanjang berkursus saya mengaku saya telah menumpukan sepenuh perhatian saya dalam kuliah. Lokasi hadapan menjadi tempat saya untuk sepanjang berkursus supaya saya tidak leka.

JU dan Peserta Bengkel Pengurusan PSS 35 Jam

Saya belajar mengenai pengurusan, penfailan kewangan, pengkatalogan, memproses buku, memproses bahan buku, OPAC dan pelbagai lagi. Kesemua peserta kursus kebanyakkannya ialah guru GPM (Guru PSS dan Sumber) dan kami berkongsi pelbagai masalah bersama. Apabila kita berada dalam kapal yang sama, kita dapat berbincang perkara yang sama kerana kami merasai masalah yang sama. Rata-rata guru GPM mempunyai masalah yang sama iaitu kebanyakkan guru lain tidak memahami tugas GPM yang sememangnya banyak dan tidak putus-putus kerjanya.

Secara fizikalnya guru melihat GPM hanya duduk di PSS, namun itulah kerja GPM iaitu duduk dan membuat kerja. Bukannya duduk saja-saja. GPM bukan sahaja perlu menguruskan pentadbiran PSS, malah GPM juga perlu memastikan kewangan digunakan dengan cara baik, menjaga harta sekolah iaitu buku-buku dan bahan bukan buku; juga menyediakan perkhidmatan yang terbaik. Sangat berat. Lebih-lebih lagi saya guru yang baru bertatih dalam dunia pendidikan. Saya bersyukur dilantik menjadi guru GPM, selain saya dapat meningkatkan ilmu pengurusan, saya juga mempunyai peluang yang terbuka untuk menjadi orang yang lebih baik dalam hal pentadbiran. Allah swt Maha Mengetahui apa yang saya minati. Sememangnya saya cintakan buku, dan inilah yang Allah kurniakan kepada saya iaitu menguruskan PSS. Yang gembiranya saya juga sempat mengusaikan buku "TRANGENESIS" yang merupakan buku terbitan PTS semasa kursus. Haha..

Kursus Pra Waran Pandu Puteri Renjer meruapakn kursus yang membantu saya mnguruskan pasukan Renjer Puteri SMKKJ. Saya tidak suka menguruskan perkara yang saya tidak mahir kerana kita akna mudah diperlekehkan. Kursus ini mendedahkan saya tentang ujian-ujian yang perlu bagi seorang Renjer Puteri. Saya berharap saya mampu menyediakan log pra waran untuk mendapatkan pelantikan pra waran. Itupun kalau mampu.
Objektif saya tahun depan ialah meningkatkan perkhidmatan PSS. InsyaAllah pulang ke sekolah saya akan mewujudkan Rak Karya Agung, mengemaskini Rak rujukan dan Red Spot, melekat label bagi memudahkan pencarian buku dan mengemaskini beberapa fail yang tidak lengkap.
Semoga Allah swt menguatkan semangat saya untuk memajukan PSS SMKKJ.
Amin..

Rabu depan pulan 12-14 Ogos 2009, saya akan menghadiri kursus ke tiga dalam bulan ini iaitu KURSUS PEMANTAPAN PROGRAM ICTL SEK MEN PERINGKAT DAERAH PETALING yang akan diadakan di Pangkor Coral Bay Resort, Pulau Pangkor.
Bulan 8 merupakan bulan kursus bagi saya.
Entah bilalah kursus fizik??? saya nak pergi....

0 comments:

Post a Comment


up