Assalammualaikum wbt,
Bersyukur kehadrat Allah swt kerana saya selamat tiba di rumah dengan selamat.
Kursus pada hari ini tamat pada pukul 12 tengah hari.
Akhirnya saya kenal jua siapakah Pn Rahanim yang selalu disebut oleh Pengetua saya Pn Norha. Pn Rahanim merupakan Timbalan Pegawai Pejabat Daerah Pelajaran Petaling Utama. Banyak input yang diberikan oleh Pn Rahanim semasa diberi peluang untuk berucap semasa Majlis Penutupan Kursus Pemantapan ICTL Daerah Petaling Utama. Perkara pertama berkenaan dengan 5P yang perlu dilaksanakan dalam setiap tindakan iaitu:
P1 - Perancangan
P2 - Pelaksanaan
P3 - Pemantauan
P4 - Penilaian
P5 -Penambah baikan
Kemudian, Pn Rahanim juga turut mengingatkan para peserta untuk sentiasa minimising INPUT and maximising OUTPUT. Maksudnya perancangan itu merupakan tindakan yang penting supaya usaha yang dilakukan dapat menghasilkan produk yang berkesan. Beliau sangat berharap setiap guru dapat menghasilkan gelombang yang mampu mengubah sesuatu yang POSITIF.
Majlis tamat pada pukul 12 tengah hari, disusuli dengan makan tengah hari yang sangat masin. 12.30 tengah hari saya dan rakan terus mengambil teksi dari Resort ke Jeti Pangkor.
Setibanya di Jeti Lumut saya dan rakan bergegas ke Terminal Bas supaya kami sempat mengambil bas sebelum pukul 2 petang. Alhamdulillah Allah mempermudahkan urusan kami. Tiket bas Awana yang akan berangkat pada pukul 2 petang berjaya dibeli oleh kami. Kami Kemudian membeli sedikit ole-ole, solat jamak dan seterusnya menaiki bas.
Tiba di Puduraya pada pukul 6.15 petang.
Ini merupakan kursus terakhir bagi saya untuk bulan ini. Penuh sudah Kad Pelaporan Latihan Kementerian Pelajaran Malaysia dan kad yang baru perlu diminta dari Pn Tan HC.
Besok merupakan hari persekolahan ganti.
Kesimpulannya, saya gembira dengan Kursus ICTL ini. Saya juga turut mendaftarkan diri untuk menjadi JU ICTL PPD PU kepada Pn Hanisah Mohd Ali yang merupakan Ketua Unit Teknik & Vokasional PPD PU (JU - Jawatan Kuasa Utama). JU akan dipanggil untuk menjadi Jurulatih semasa kursus-kursus yang berkaitan. Bagi saya, semasa umur yang muda ini saya perlu memberi peluang kepada diri saya untuk belajar pelbagai perkara. Saya mahu melakukan perubahan kepada sekolah saya. Semoga Allah mempermudahkan urusan saya untuk menjadi yang terbaik.
Itu sahaja buat masa ini.
Semoga anda sentiasa gembira =)...
TERIMA KASIH ALLAH SWT ATAS SEGALA NIKMATMU.
2 comments:
I like your title. But I can't understand the words you have posted
Of course you can't understand because you're not Malaysian.
Post a Comment