Poskad Phuket & Krabi

Poskad ini dibeli semasa menziarahi Phuket dan Krabi pada Disember lepas.

Phuket

Krabi


Poskad Taman Tamadun Islam

Poskad dari Taman Tamadun Islam, Terengganu.
Terima kasih kepada Abang Ipar!





Poskad ARCH Malaysia

Poskad yang dikeluarkan oleh Arch Malaysia.








Dijual dengan harga RM1.00 sekeping di Pusat Kraf Jalan Conlay

Poskad Anuar Dan Siri 3

Poskad yang dibeli di Pusat Kraf Jalan Conlay.
Koleksi Anuar Dan Siri Ketiga.
berharga RM7.50 untuk 10 keping.











jalan-jalan di Jalan Conlay

Assalammualaikum wbt

 Saya dan suami ke Pusat Kraf yang terletak di Jalan Conlay. Suami bersemangat mahu menunjukkan saya poskad yang terdapat di sana. Banyak juga poskad yang dijual di sana. Tak sia-sia kami ke sana. 
Seni bina Pusat Kraf ini amat mengagumkan. Bangunan yang diukir menunjukkan identiti Melayu! sangat menarik!




Air tin dijual dengan harga yang murah! RM1 sahaja.
Kami beli 2 tin sebagai bekalan tenaga memadangkan kami ingin berjalan untuk ke Pavilion.
Hari ini buat pertama kalinya kami ke Pavillion. Walaupun kami dibesarkan di bandaraya Kuala Lumpur, tidak pernah terdetik untuk ke sana selama ini memandangkan kawasannya yang terletak di Bukit Bintang yang terkenal dengan kesesakan kereta dan manusia.
Di sinilah anda boleh melihat pelbagai fesyen dan ragam manusia!


Tapi, seronok juga kerana dapat ke tempat yang baru. Terasa seperti di Hong Kong pula. 
Di tingkat 6 Pavilion terletaknya Japan Street. Banyak kedai berkonsepkan ala-ala Jepun.



Suami ingin ke sini lagi pada masa akan datang.
Saya sangat suka dengan konsep Pavilion.
Walaupun tak membeli belah, cukuplah dengan mencuci mata dan merapatkan ukhuwah suami isteri.


RM9.90 sahaja ice blended Jumbo ini!



Kedai best!


Poskad Gempak

Poskad yang diterima secara percuma semasa pesta Buku Antarabangsa  2 tahun yang lepas kerana membeli Komik Gempak.




Persediaan Majlis Graduasi 2012

Assalammualikum wbt,

Kehangatan Hari Graduasi makin terasa. Tinggal 17 hari lagi sebelum waktunya.
13 Oktober ini sekolah saya akan menganjurkan Majlis Graduasi Kali Pertama.
Ye...Kali Pertama.
Oleh itu, sungguh besar tanggungjawab bagi merealisasikan majlis kali pertama ini.
Penglibatan saya dalam majlis ini secara tiba-tiba pada bulan Jun yang lalu, memandangkan guru yang bertanggungjawab telah dipindahkan.
Secara realitinya, seorang guru sememangnya sentiasa perlu bersedia dengan keadaan "tiba-tiba".

Bena

Alhamdulillah kerana dikurniakan pelajar-pelajar yang sungguh bersemangat membantu. Tidak sukar bagi saya menjalankan kerja walaupun AJK saya hanyalah bernama pelajar.
Pelajar saya membantu mendapatkan tempat dengan harga yang berpatutan dan selamat, pelajar saya mendapatkan syarikat pencetakan yang murah, pelajar saya juga membantu mendapatkan penaja-penaja, menjadi jurufoto dan kerja saya????
Pakai jubah sampel

Banyak juga....perlu membuat surat dan menjadi orang tengah bagi segala hal. Lupa pula, saya merupakan penyelaras segala hal berkaitan graduasi. Besarlah juga tugas saya kan?
Sangat tidak sabar menunggu cetakan Buku Graduasi Kali Pertama!
Terima kasih kepada Pengetua yang banyak memberi cadangan serta PK HEM yang banyak membantu dan menyokong saya!
Kepuasan saya ialah apabila pelajar saya gembira!
Semoga segala-galanya berjalan lancar.
InsyaAllah

Jubli Intan Ratu Elizabeth II

Pada 13 September 2012 yang lalu, Pejabat Pos Malaysia telah mengeluarkan setem kenangan sempena lawatan Putera William dan isterinya Kate Middleton ke Malaysia.
Ohh...betapa hangatnya jualan setem, miniature dan segala benda yang dikeluarkan oleh Pejabat Pos. Dalam masa 2 jam sahaja habis licin terjual. Tidak kurang juga yang menjualnya dengan harga yang tinggi di laman web tertentu. 
Saya turut terasa bahang kehangatan bagi mendapatkan setem yang jarang-jarang diterbitkan di Malaysia aka limited edition
Keunikan setem ini ialah setem yang menunjukkan gambar Ratu Elizabeth II merupakan "setem dalam setem". Setem tersebut pernah diterbitkan di Malaya pada tahun 1953.
Dengan gembiranya saya berjaya mendapatkan koleksi tersebut untuk dijadikan simpanan.
Jom layan koleksi terbaru saya yang berharga serta penerangannya.

Sampul Surat Hari Pertama/ First Day Cover 

Tahun 2012 merupakan sambutan Jubli Intan Pemerintahan Ratu Elizabeth II. Puteri Elizabeth telah menaiki takhta pada tahun 1952 setelah kemangkatan ayahandanya, King George VI. Upacara rasmi kemahkotaan Ratu Elizabeth II telah brlangsung di Westminster Abbey yang telah menjadi tuan rumah pada 2 Jun 1953.


Ratu Elizabeth II merupakan ratu yang paling lama memerintah di dalam Monarki British. Dalam sejarah Britain, cuma lima raja dan ratu yang pernah memerintah selama lebih daripada 50 tahun. 2012 menandakan ulang tahun ke-60 peranan Ratu Elizabeth II sebagai Ketua Negara-negara Komanwel.

 Miniature Sheet

 Sempena meraikan Jubli Intan tersebut, Ratu Elizabeth II bersama The Duke of Edinburgh membuat lawatan ke beberapa daerah di United Kingdom dan Nothern Ireland. Ahli-ahli keluarda DiRaja juga turutr mewakili Ratu Elizabeth II untuk membuat lawatan ke luar negara.

Stamp sheet

Sekian. Semoga bertemu lagi. =)

Setem LAT

Sekadar mahu berkongsi 
Setem LAT yang dibeli di CM entah pada tahun bila.
Jumpa dalam buku setem semasa membelek-belek koleksi setem yang ada.
Dipersilakan menjamu gambar ini.
=)





Poskad Aquaria KLCC

Assalammualaikum wbt,
Semoga anda semua dalam keadaan yang tenang. Setiap orang ada masalah yang tersendiri. Kepandaian mengawal emosi membezakan manusia. Ada yang bijak mengawal emosi, ada juga yang menjadikan orang lain sebagai tempat untuk membuang segala emosi. Itupun kalau dapat buang. Risau emosi yang dibuang itu berjangkit kepada orang lain pula.
Apapun, saya doakan anda semua dalam keadaan yang tenang pada hari pertama bekerja dan bersekolah.


Hari ini saya ingin berkongsi poskad yang dibeli oleh saya pada 2 tahun yang lepas di Aquaria KLCC. Poskad ini memang menarik dan unik tetapi saya lupa harganya. Rasanya mahal dari yang biasa, itu yang beli satu sahaja sebagai kenangan. Saya terjumpa poskaddan gambar ini di dalam album.


Poskad di atas menunjukkan Porcupine Puffer Fish atau nama saintifiknya Diodon hystrix.
Tahukah anda bahawa ikan yang pelik ini menakutkan musuhnya dengan cara menelan air yang banyak? Air yang ditelannya boleh dikeluarkan semula apabila ikan ini dalam keadaan yang tenang dan jika ikan ini ditangkap dan dimakan oleh ikan besar yang lain, ikan ini masih mampu membesarkan dirinya di dalam mulut ikan yang menelannya tadi dan kemudian kedua-dua mangsa dan pemangsa akan mati bersama-sama. Jadi tiada satu pihak yang akan mendapat keuntungan.

Sumber dari pakcik google

Sama jugalah seperti kehidupan di alam manusia, kita perlu bersikap menang-menang dalam segala hal apabila melibatkan lebih dari seorang. Puaskan hati semua pihak lebih baik dari puaskan hati sendiri sahaja. Ini merupakan pandangan jahil seorang manusia iaitu saya.
Jadi selamat bergembira semua.

Poskad KL Butterfly Park

Assalammualaikum wbt.
Tadi singgah sebentar di Taman Rama-Rama Kuala Lumpur selepas menghadiri rumah terbuka di Masjid Bukit Aman. Masih terpatri di ingatan setiap hari melalui taman ini selepas pulang dari sekolah.
Saya singgah untuk memastikan sama ada terdapat poskad dijual di sini. Alhamdulillah terdapat banyak poskad dijual. terasa bosan dengan poskad Yacine.
Terdapat 2 jenis poskad. Satu rak poskad bertemakan rama-rama dan satu rak lagi menunjukkan segala benda yang mencerminkan Malaysia.
Poskad bertemakan rama-rama ini dijual dengan harga RM1.00 sekeping. Bagi saya mahal untuk kualiti gambar yang tidak seberapa. Saiznya sedikit besar.





Di bawah ini pula merupakan poskad paling murah yang pernah saya jumpa di KL. 70 sen sekeping.Walaupun gambarnya dilihat seperti diambil pada zaman 80-an ke 90-an namun kualiti poskad masih seperti baru. Poskad yang memaparkan Orang Utan amat seksi.









Banyak lagi pilihan untuk poskad yang berharga 70 sen ini.
Saya boleh beli pada bila-bila masa memandangkan rumah Mak dan Abah yang terletak berdekatan dengan tempat ini.
Kepada penggemar poskad atau memerlukan poskad yang murah bolehlah singgah di Kuala Lumpur Butterfly Park.

Lepas ini mahu ke Muzium Polis, Planetarium, Memorial sekitar Tasik Perdana sama ada terdapat poskad atau tidak.

up