Sibaru-baru

Saya sangat suka kucing.
Sibaru-baru nama untuk kucing tersebut.
Saya masih ingat lagi, encik suami membawa kucing ini.
Sibaru-baru dijumpai di luar rumah dalam keadaan ketakutan, kurus dan tidak begitu sihat.
Tiada bulu di leher Sibaru.
Sibaru juga tidak mampu bersahabat baik dengan kucing saya yang lain.
Sibaru diasingkan.

Beberapa lama kemudian, Sibaru melahirkan beberapa ekor anak tetapi tiada satupun yang mampu hidup disebabkan ibunya yang juga sakit. Berat hati saya dan suami kerana berhadapan dengan beberapa ekor kematian kucing.

Di Hospital Veterinar UPM selepas X-ray

Sibaru dibawa ke Hospital Veterinar di UPM untuk pemeriksaan dan doktor mengesahkan bahawa terdapat 2 ekor anak kucing mati yang tertinggal di dalam perut Sibaru dan jika Sibaru tidak dibedah, ia akan bertukar menjadi toksin seterusnya boleh membawa kematian.

X-ray Sibaru

Usai melakukan X-ray, saya dan suami membawa Sibaru ke Dr. Tiaga. Saya bersyukur kerana bertemu dengan Doktor yang baik serta memberikan harga yang murah bagi pembedahan Sibaru. Saya memaklumkan kepadanya bahawa saya tidak mempunyai wang yang banyak. Sibaru berjaya diselamatkan dan rahimnya telah dibuang.
Terima kasih kepada Dr. Tiagarajan kerana membantu menyelamatkan Sibaru.
Berikut merupakan alamat Dr Tiaga. Dia seorang yang baik.
No 18 Jalan PUJ 3/13, Taman Puncak Jalil, Bandar Putra Permai, 43300 Seri Kembangan. Telefon: 03-89401055

Sibaru makin sihat dan cantik sekarang.
Namun sehingga sekarang dia masih tidak mesra dengan kucing yang lain.
Sangat gembira dapat menyelamatkan hamba Allah ini. =)

0 comments:

Post a Comment


up