Assalammualaikum wbt,
Semoga anda semua dalam keadaan yang tenang. Setiap orang ada masalah yang tersendiri. Kepandaian mengawal emosi membezakan manusia. Ada yang bijak mengawal emosi, ada juga yang menjadikan orang lain sebagai tempat untuk membuang segala emosi. Itupun kalau dapat buang. Risau emosi yang dibuang itu berjangkit kepada orang lain pula.
Apapun, saya doakan anda semua dalam keadaan yang tenang pada hari pertama bekerja dan bersekolah.
Hari ini saya ingin berkongsi poskad yang dibeli oleh saya pada 2 tahun yang lepas di Aquaria KLCC. Poskad ini memang menarik dan unik tetapi saya lupa harganya. Rasanya mahal dari yang biasa, itu yang beli satu sahaja sebagai kenangan. Saya terjumpa poskaddan gambar ini di dalam album.
Poskad di atas menunjukkan Porcupine Puffer Fish atau nama saintifiknya Diodon hystrix.
Tahukah anda bahawa ikan yang pelik ini menakutkan musuhnya dengan cara menelan air yang banyak? Air yang ditelannya boleh dikeluarkan semula apabila ikan ini dalam keadaan yang tenang dan jika ikan ini ditangkap dan dimakan oleh ikan besar yang lain, ikan ini masih mampu membesarkan dirinya di dalam mulut ikan yang menelannya tadi dan kemudian kedua-dua mangsa dan pemangsa akan mati bersama-sama. Jadi tiada satu pihak yang akan mendapat keuntungan.

Sumber dari pakcik google
Sama jugalah seperti kehidupan di alam manusia, kita perlu bersikap menang-menang dalam segala hal apabila melibatkan lebih dari seorang. Puaskan hati semua pihak lebih baik dari puaskan hati sendiri sahaja. Ini merupakan pandangan jahil seorang manusia iaitu saya.
Jadi selamat bergembira semua.
0 comments:
Post a Comment