Poskad Percuma dari Seoul

Anda rugi jika tidak singgah di booth Korea jika mengunjungi MATTA Fair. Booth Korea menawarkan pelbagai hadiah percuma, makanan, topeng muka dan lain-lain. Setiap tahun saya pasti singgah di booth Korea. Pada tahun ini, Korea memberikan perkhidmatan solekan percuma yang dikendalikan oleh Etude. Jadi saya memang menjadi orang pertama untuk disolekkan. Saya juga memperolehi beberapa topeng muka sebagai sampel.

Meh saya tuangkan air untuk pokcik!
Selain itu juga, Korea turut mengedarkan poskad-poskad percuma bagi mempromosikan Seoul. Saya berjaya memperolehi berpuluh-puluh keping poskad dari Seoul ini! hahahahahhaah..



Saya juga berpeluang untuk bergambar dengan si comel dari Korea dan gambar ini diambil dengan menggunakan Kamera Fujifilm Instax. Memandangkan saya merupakan orang terawal yang mengunjungi booth Korea, mereka memberikan saya 3 keping gambar! Ohh....sangat gembira dengan rezeki ini. Saya sangat berharap dapat menziarahi Korea kelak.

0 comments:

Post a Comment


up