Poskad Percuma dari Okinawa

Assalammualaikum wbt
Obses terhadap poskad bermula sejak saya menyertai Projek Postcrossing. Saya ke MATTA Fair yang telah berlangsung pada 7 hingga 9 September 2012 yang lepas. Saya mengambil peluang ke booth setiap negara bagi mendapatkan barangan cenderahati dan tidak lupa bertanyakan tentang poskad! Saya gembira kerana berjaya memperolehi beberapa set poskad secara percuma dari negara Indonesia, Korea, Okinawa Jepun dan Hokkaido Jepun. Sangat cantik dan menarik. Walaupun tidak dapat terbang dan melancong ke negara tersebut, dapat bertemu dan beramah mesra dengan si comel-comel daripada negara Jepun dan Korea serta memperolehi cenderahati sudah cukup menggembirakan hati saya. Tidak banyak negara yang mempromosikan negara mereka melalui poskad.

Saya sempat mengambil gambar bersama si gadis comel dari Tokyo Jepun. Sekadar mahu berkongsi kegembiraan. Jom lihat poskad percuma dari Okinawa, Jepun.

Tarian Daisa

Permandangan Pantai Hatenohama, Pulau Kemejima.

Honen-Sai: Festival yang diraikan selepas musim menuai sebagai tanda terima kasih


Festival di Istana Shuri-jo .

Ohh....gembiranya memperolehi 3 set poskad ini. 1 boleh disimpan, manakala 2 lagi boleh digunakan untuk Projek Postcrossing. Alhamdulillah

0 comments:

Post a Comment


up