Berakhirnya Harry Potter

Assalammualaikum wbt.
Malam tadi saya dah suami ke Galaxy Ampang bagi menonton filem terakhir Harry Potter.
Apa yang menarik tentang MBO Galaxy Ampang ialah walaupun anda datang pada saat terakhir, anda tidak akan dihampakan. Tiket masa ada dan anda akan mendapat tempat yang paling strategik!

Suasana kaunter MBO Galaxy Ampang

Masa bagi tayangan Harry Potter

Saya masih ingat. Harry Potter pertama ditanyangkan semasa saya Tingkatan 4. Tapi tidak diberi kebenaran untuk melihatnya.
Harry Potter kedua ditayangkan sehari selepas tamat kertas terakhir SPM saya iaitu Biologi.
Saya telah menonton wayang buat kali pertama semasa itu bersama-sama dengan rakan-rakan karib saya semasa itu iaitu Goh Yin Lee, Jasmine Lee, Tze Chi dan Jayashamani.

Harry Potter Pertama

Harry Potter terakhir

Kini, 10 tahun berlalu dan Harry Potter terakhir ditayangkan semasa saya berumur 26 tahun.
Penutup filem adaptasi buku JK Rowling ini tidaklah seperti yang dibayangkan saya.
Sememangnya sukar bagi memasukkan segala-gala cerita yang ditulis oleh penulis di dalam sebuah filem.
Saya sangat mengharapkan pelbagai pertempuran sengit antara Harry Potter dengan sekutu-kutu Voldemort, namun ianya tidaklah sehebat mana.

Kata suami ada logiknya. Suami berkata:
"Magis tidaklah sehebat mana, sebut jampi-jampi dan keluarkan tongkat. Itu je, terlalu mudah!
Tapi bayangkan kalau lawan-lawan macam Jackie Chan ker, kan hebat dan menarik...guna kaki, tangan, kepala dan badan....susah tu"

Betul juga. =)
Si suami sebenarnya menyindir si isteri yang mahu melihat Harry Potter dan terpaksa menemani si isteri menonton wayang yang bukan genre kegemarannya.

Besar harapan saya jika Harry Potter mati diakhir cerita! Hahahahahha....
(Mesti semua peminat Harry Potter menentang pengakhiran begini)

Tetapi keseluruhan cerita boleh dikatakan baik jika dibandingkan dengan Harry Potter and The Deathly Hallows 1 yang amat membosankan. Filem ini telah menjelaskan pelbagai persoalan berkaitan dengan Harry Potter. Bahagian yang sedih sudah pasti tentang Professor Snape yang amat menyayangi ibu Harry Potter dan telah berkorban bagi melindungi Harry Potter sehinggalah beliau mati di tangan Voldemort.

Wajah Voldemortpun tidaklah sekejam mana. Saya rasa simpati pula dengan Voldemort.
Tapi masa muda remaja Tom Riddle kacaklah gak.
hahahhahahah...

Tom Riddle: Voldemort di alam remaja

Voldemort

Semoga tiada lagi sambungan Filem Harry Potter.

Salam

Kenangan bersama Harry Potter di usia 26 tahun

0 comments:

Post a Comment


up