#India 5

Ajmeer merupakan destinasi seterusnya.
Perjalanan yang amat jauh dan memenatkan.
Dari Agraa ke Ajmeer mengambil masa hampir 8 jam.
Kami bertolak dari Taj Mahal, Agra pada pukul 9 malam dan sampai di Ajmeer pada pukul 5 pagi.


Sejuknya air sampai mencengkam tulang. Saya hanya mengelap dan tayamum untuk mengambil air sembahyang. Sejuk! Musim sejuk yang tidak pernah dirasai oleh saya.
Usai solat subuh, kami dan keluarga Shahul Hameed bersama-sama menyediakan sarapan.

Seterusnya kami dibawa berjalan di sekitar Ajmeer. Ajmeer popular dengan Dargah Wali Moinuddin. Sangat ramai pengunjung datang ke Dargah ini. Kami datang untuk menziarah dan mensedekahkan al-Fatihah.
Bukit Taragarh

Kami ke Masjid Dua Hari Setengah atau dikenali sebagai Adhai Din Ka Jhonpda. Masjid ini terletak di atas bukit Taragarh di Ajmeer. Menurut sejarah, masjid ini pada asalnya ialah sebuah kuil yang dibina pada tahun 1153 dan telah diubah menjadi sebuah masjid oleh Qutbuddin Aybak selepas tahun 1193. Senibina Hindu dan ukiran ayat-ayat al-Quran masih jelas kelihatan pada bangunan ini.

Bangunan

Berhala di tiang yang telah dipotong

Seni kaligrafi pada pintu masuk masjid

Keindahan pemandangan

Apa yang menarik tentang Adhai Din Ka Jhonpda ialah ianya hanya mengambil masa selama dua hari setengah sahaja untuk mengubah sebuah kuil kepada sebuah masjid. Ini menunjukkan kecintaan penganut Islam pada zaman dahulu terhadap Islam itu sendiri. Mereka telah mengukir kaligrafi al-Quran dan memotong berhala yang telah terdapat di tiang-tiang bangunan. Masjid ini masih kekal beroperasi sehingga kini. Terdapat juga banyak kambing yang jinak dan dipakaikan baju.

Ayah Mertua dengan kambing

Seterusnya kami ke Anasagar Lake, Ajmeer.

Annasagar Lake

Tasik ini dibina oleh Anaji Chaulan pada tahun 1153- 1150 AD dengan bantuan penduduk asal Ajmeer. Menurut cerita penduduk sekitar, pada masa dahulu, terdapat sekumpulan orang Islam yang datang ke Anasagar Lake bagi mengambil wudhuk namun mereka hanya dibenarkan mengambil sejag air sahaja. Dengan kuasa Allah swt, semua air di Tasik Anasagar ini telah masuk ke dalam jag air tersebut.
Sejak kejadian ini, pemerintah semasa itu telah membenarkan kumpulan tersebut mengambil wudhuk mengunakan sebanyak mana air yang mereka mahu.
Kebenaran cerita ini hanya Allah swt sahaja yang Maha Mengetahui.

Dargah

Terdapat Dargah yang terletak di bukit yang tereletak berhampiran dengan tasik ini.

Dari atas bukit berhadapan Annasagar Lake.

Kami seterusnya ke Madurai, TamilNadu menaiki kereta api selama lebih kurang 60 jam dari Stesyen Nazimuddin, Delhi.

0 comments:

Post a Comment


up