Pelantikan Pengawas Pusat Sumber


Assalammualaikum wbt,
Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Yang Maha Esa, Allah s.w.t.
Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w

Tiba masanya Pelantikan bagi Pengawas Pusat Sumber.
Hari ini sememangnya hari yang cukup sibuk bagi saya.
Seramai 29 orang Pengawas Pusat Sumber dilantik pada hari ini.
Tahun semakin tahun, bilangan Pengawas Pusat sumber semakin bertambah.
Alhamdulillah, tahun ini saya merasa tugas sebagai Guru Perpustakaan dan Media semakin ringan. Ini disebabkan oleh bilangan Pengawas Pusat Sumber yang bertanggungjawab bertambah. Saya bersyukur di kalangan mereka, terdapat ramai yang amat ringan tulang membantu memudahkan kerja saya.
Ya, sesungguhnya Allah s.w.t Maha Adil dan Mengetahui.
Walaupun saya sibuk dengan tugas sebagai Setiausaha PIBG, Dia memberikan saya pembantu yang ramai bagi memudahkan tugas saya sebagai guru Perpustakaan.
Terima kasih Allah s.w.t


Gambar Formal

tahun ini merupakan kali pertama Pengawas Pusat Sumber mempunyai pakaian lengkap. Sebelum ini hanya sekadar kain yang berwarna kelabu tetapi ia perlu ditempah dan mengambil masa.
Warna unggu dipilih disebabkan ia merupakan warna kebangsaan Pusat Sumber. Kebanyakkan sekolah di Malaysia, Pengawas Pusat Sumber memakai baju berwarna unggu. Jika terdapat pelajar yang berpindah, maka mereka tidak perlu membeli baju yang berwarna lain.


Saya amat berharap Pengawas Pusat Sumber dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada setiap warga sekolah.
Selepas pelantikan, saya telah membuat Bengkel pengurusan Pusat Sumber dengan harapan semua Pengawas Pusat Sumber memahami fungsi sebenar Pusat Sumber dan tugas mereka sebagai Pengawas Pusat Sumber.
Selama ini saya hanya mengajar mereka secara terus dan melalui Pengawas Pusat Sumber yang lebih tua.
Maka, besar harapan saya Pengawas Pusat Sumber kali ini lebih berfungsi dan melakukan tugas yang efektif dan berkesan.


Cikgu berharap, kamu semua sentiasa memahami, tugas kita sebagai Pengawas Pusat Sumber bukan setakat bekerja dengan buku, kita juga seumpama jurual yang menjual perkhidmatan yang terbaik bagi tujuan pendidikan.
Kita seumpama jurujual buku yang tahu tentang jenis-jenis buku,
Kita seumpama penjaga Harta Kerajaan.
Kita juga merupakan pemberi maklumat yang terkini seumpama wartawan.
Kita merupakan agen prubahan.



Semoga setiap langkah pelajar ke Pusat Sumber memberi sejuta senyuman.

Terima kasih Allah s.w.t atas kenangan yang indah ini.

salam

0 comments:

Post a Comment


up